Tolak arak dan judi

BALING – Arak dan judi hanya membawa keburukan. Demikian penegasan dalam tazkirah selepas solat Jumaat yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria di Masjid Al Ehsan, Kampung Bandar di sini pada 19 November. Tazkirah itu antara lain turut menyeru masyarakat supaya bersama sama menyokong tindakan kerajaan negeri dalam […]

YADIM Interaktif di Memali

BALING – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Interaktif : Bicara Dakwah, Kuliah Dhuha Khas di Surau Madrasah Islahiah Diniah, Memali di sini pada 19 November. Seramai 200 orang hadirin terdiri daripada warga madrasah dan masyarakat setempat telah hadir mendengar kuliah ilmu yang […]

Mesyuarat Semakan Pengurusan MS ISO 9001:2015 YADIM

PUTRAJAYA – Mesyuarat Semakan Pengurusan MS ISO 9001:2015 YADIM Tahun 2021 telah berlangsung pada 17 November di Bilik Mesyuarat As Syafie, Ibu Pejabat YADIM, Putrajaya. Mesyuarat ini merupakan anjuran Unit Audit dan Kualiti yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pengurusan YADIM, Suhaila Sahibul Ghani, . Ia diadakan bagi keperluan Manual Kualiti MS ISO iaitu di […]

YADIM jalin kerjasama dokumentari Buku Fiqh Alam Melayu

PUTRAJAYA – Usaha menyebarkan ilmu dan dakwah hari ini memerlukan pendekatan luar kotak yang bukan sahaja menarik, tetapi lebih penting lagi, berkesan menyampaikan ilmu dan dakwah itu sendiri. Hari ini, ketika teknologi berkembang begitu pesat sekali, medium penulisan seperti buku dan majalah berdepan cabaran cukup sukar untuk menarik minat ramai khususnya generasi muda yang mahukan […]

20 penduduk Kampung Baru terima sumbangan YADIM

PENDANG – Selesai program di Kampung Bukit Tegur dan Bendang Pulas pada sebelah pagi pada 16 November, program Tazkirah Kelompok dan Musa’adah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dilaksanakan pula di Kampung Baru di sini. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti tazkirah bertajuk “Hak dan Kewajipan Seorang Mukmin” yang telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, […]

Tazkirah Kelompok dan Ziarah Kasih di Pendang

PENDANG – Penduduk kampung tidak pernah dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  dalam usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini. Saban masa, ada sahaja program bersama mereka dilaksanakan. Pada 16 November, dua buah kampung di daerah ini disantuni dalam program Tazkirah Kelompok dan Musa’adah Ziarah Kasih. Menerusi program berkenaan, 30 keluarga di Kampung Bukit Tegur […]

Komuniti Palestin Kajang disantuni

KAJANG – Selepas Ampang, giliran komuniti Palestin di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi membantu meringankan beban akibat terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini. Seramai 50 warga Palestin menerima sumbangan wang tunai RM500 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini pada 16 November. Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif […]

Warga Palestin terus dapat pembelaan

KUALA LUMPUR – Nasib warga Palestin yang menetap di negara ini terus mendapat perhatian banyak pihak. Terbaharu menerusi kerjasama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan rakan badan bukan kerajaan, Hand of Charity, seramai 50 warga Palestin yang terjejas akibat Covid-19 menerima sumbangan dana bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan […]

Kerajaan Kedah tidak keluarkan lagi lesen premis judi

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka.   Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan berkenaan diambil hasil perbincangan pada Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri minggu lalu.   Menurut beliau, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak […]

Pertemuan YADIM, NGO Islam Perlis

KANGAR – Usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini digiatkan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Program YADIM Interaktif:  Pertemuan dan Ramah Mesra bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diadakan pada 14 November. Ia mendapat sambutan menggalakkan apabila 20 NGO melibatkan diri dalam pertemuan ini. Antara yang hadir ialah Hidayah Centre, Ikram, […]