Tujuh Resolusi Persidangan Agensi Agama Bersama Ngo Islam Dan Dakwah Negeri Pahang

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah bersama mengadakan Persidangan Agensi Agama Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Dan Dakwah Negeri Pahang di sini pada 24 November 2021. Terlibat sama dalam inisiatif ini ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang. Persidangan sehari […]

Mangsa banjir kilat Ampang disantuni YADIM

AMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 24 November menyampaikan bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir kilat di sini Banjir kilat dan lumpur yang dikatakan berpunca daripada kepala air di Kampung Pinggiran 3 dan Lembah Jaya Ampang telah menjejaskan 50 buah keluarga yang melibatkan 600 mangsa dan rumah juga terjejas teruk beberapa hari lalu. Yang […]

Majlis Penutup Kursus Imam Muda  Orang Asli

SEMUNGKIS – Selepas empat hari berkampung di sini, seramai 39 peserta daripada kalangan Orang Asli berjaya menamatkan kursus Imam Muda Orang Asli pada 24 November. Program ini mempunyai matlamat untuk melatih bakal-bakal imam muda dikalangan Orang Asli agar mampu menjadi imam solat berjemaah dan juga memimpin tahlil, solat jamak, pengurusan jenazah, membaca khutbah dan asas-asas […]

Pembabitan ‘orang agama’ dalam rasuah memalukan

PUTRAJAYA – Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembabitan ‘orang agama’ daripada agensi kerajaan dengan kes rasuah adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.  Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, beliau terkejut dengan pendedahan oleh SPRM  baru-baru ini, bahawa terdapat banyak kes rasuah membabitkan pegawai dan kakitangan agensi agama […]

YADIM-JBPM jalin hubungan integrasi melalui program dakwah

KUALA TERENGGANU – Satu Program Bicara Dakwah telah diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu pada 22 November. Ceramah dengan tajuk “Hikmah Faraid dan Terekoh” disampaikan oleh Perunding Harta Pusaka dan Peguam Syarie, Ustaz Wan Abdul Halim Wan Harun. Beliau merupakan penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai kepakaran dalam bidang […]

Kembara Mahabah : Sumbangan untuk warga rumah panjang Kampung Sungai Gemuan

SARIKEI – Selesai Kembara Mahabbah di Kampung Tuie Betong, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak meneruskan perjalanan  ke bahagian ini iaitu ke Kampung Sungai Gemuan, destinasi terakhir pada 21 November. Kehadiran YADIM Sarawak disambut dengan cukup meriah oleh penduduk Iban Muslim di perkampungan ini. Menurut maklumat daripada penduduk kampung, rumah panjang Kampung Sungai Gemuan ini […]

Peniaga dalam talian perlu bayar zakat jika cukup syarat

KUALA LUMPUR – Peniaga dalam talian, ejen pesan hantar (dropship) dan mereka yang terbabit dalam perniagaan secara dalam talian adalah golongan yang layak dikenakan zakat perniagaan, kata Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Khairul Azhar Samsudin.   Beliau berkata peniaga-peniaga kecil perlu melaksanakan tanggungjawab zakat mereka ke […]

Kem Ibadah SAY Kuala Langat bersama anak-anak yatim

SIJANGKANG – Sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat bersama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program Motivasi dan Kem Ibadah. Program dua hari satu malam ini berlangsung pada 20 hingga 21 November. Antara pengisian program ini termasuklah tazkirah serta sesi pengajian fardhu ain dan fardhu kifayah […]

Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, sumbangan di Kampung Tuie

BETONG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) melebarkan sayapnya ke kawasan ini pula. Majlis pelancaran ini merupakan program keempat dalam Kembara MahabahYADIM Sarawak. YADIM diwakili oleh pegawainya, Zamri Bali. Membacakan teks ucapan Pengarah YADIM Negeri Sarawak , Zamri berkata pihaknya bersetuju mempertimbangkan permohonan program sukan seperti yang dipohon untuk dijadikan  projek pertama Sukarelawan Yadim […]

Free market untuk penduduk Taman Ampangan

SEREMBAN – Selepas Tanjung Dahan, Melaka, free market anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diadakan pula di Surau Musa’bul Khair, Taman Ampangan di sini. Dengan kerjasama penduduk tempatan dan rakan rakan badan bukan kerajaan, ia membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian sayuran dan lain lain  barangan dapur setiap Jumaat atau Ahad secara percuma. Ia dibuka […]