Tahsin ibadah pengurusan jenazah
di Surau An Nur
PENDANG – Program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di daerah ini pada 23 Oktober diteruskan pula di Surau An Nur di Kampung Baloh di sini. Seramai 50 peserta menyertai Program Bulan Dakwah 2.0, YADIM Interaktif – Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah). Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi Mohammad, pegawai YADIM Kedah. Peserta diajar pelbagai aspek berkaitan […]
Penyampaian sumbangan sempena bulan Dakwah 2.0
PENDANG – Program Bulan Dakwah 2.0 bagi peringkat negeri Kedah yang telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu terus segera diisi pelaksanaannya. Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ke daerah ini pada 23 Oktober bagimisi penyampaian barangan keperluan harian secara terus ke kediaman asnaf yang memerlukan. Dengan cara ini, mereka dapat melihat sendiri apakah keperluan […]
Saya ada partner baru!
KUCHING – “Kita ada bina beberapa masjid baharu. “Dan memang mahu libatkan lebih ramai golongan muda dalam program di sini. “Kita alu alukan kedatangan YADIM untuk turun adakan program di sini, jadi hari ini saya ada partner (rakan) baru di Semariang,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang, Yang Berhormat Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeeda Syed […]
100 pemandu lori Pendang disantuni
PENDANG – Pemandu lori, seperti golongan lain, turut terkesan dengan Covid-19 yang masih belum benar benar pulih di negara ini. Justeru, bagi menyantuni golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Oktober telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada seramai 100 para pemandu ini. Ia disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, […]
YADIM bersinergi Surau Riedha Lukut anjur sambutan Maulidur Rasul SAW
LUKUT – Surau Riedha di sini pada 22 Oktober telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul yang amat meriah. Ia antaranya diserikan dengan majlis berzanji dan selawat beramai-ramai pimpinan pelajar-pelajar madrasah tahfiz jemputan. Pengisian lain termasuklah ceramah khas Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim, selaku Pengarah Kanan Di Pejabat Yang Dipertua […]
Bersukan pun boleh solat
DUNGUN – Beriadah dan bersukan bukanlah halangan untuk menunaikan solat lima waktu dengan sempurna. Atas tujuan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu mengadakan programdakwah komuniti secara pakej dengan 16 pengisian program dakwah untuk pelbagai lapisan masyarakat termasuk melalui sukan. Bertempat di Felda Jerangau, di sini telah berlangsung acara Sukan Mahabbah di Padang Bola Felda […]