Barangan keperluan harian untuk asnaf Pulau Betong
PULAU BETONG – Seramai 25 keluarga asnaf di kawasan Pulau Betong, Pulau Pinang menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 15 Julai. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Yang Berhormat Haji Mohd Tuah Ismail untuk diagihkan […]
Musaádah dan Sanitasi Masjid Saghiri.
TUMPAT – Masjid Saghiri di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Tumpat pada 15 Julai. Tiga ahli SAY Tumpat hadir ke program ini yang turut disertai oleh Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat. Hadir sama ialah Ketua SAY Tumpat, […]
Sumbangan untuk warga Bandar Baharu oleh YADIM Kedah – Veteran TUDM
MERBOK – Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Bandar Baharu, penduduknya memohon agar diberikan bantuan kepada mereka. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Merbok menyantuni warga kawasan berkenaan pada 15 Julai. Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar […]
KOTA KUALA MUDA – Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan kekurangan pendapatan, termasuklah golongan nelayan. Prihatin dengan nasib mereka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 15 Julai turun padang menyantuni komuniti nelayan di Kampung Padang Sungai Yu di sini. Sebanyak 15 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada […]
YADIM Pahang bantu agih air untuk penduduk Felda Keratong
ROMPIN – Masalah ketiadaan bekalan air yang menimpa penduduk Felda Keratong di sini sudah berlarutan hingga lapan hari, dipercayai akibat pencemaran di Sungai Pukin di Ulu Keratong di sini. Ekoran pencemaran itu, loji air yang memproses air daripada sungai itu terpaksa ditutup menyebabkan penduduk di Felda Keratong terputus bekalan air. Prihatin dengan masalah itu, Yayasan […]
296 rakyat Malaysia layak tunai haji tahun ini
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendedahkan bahawa seramai 296 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini. Katanya, ia satu peningkatan berbanding tahun lepas iaitu hanya mencatatkan lapan orang ekoran penularan Covid-19 di seluruh dunia, termasuk di Arab Saudi. […]
Jumlah jemaah solat fardu di Melaka ditambah
MELAKA – Jumlah jemaah di semua masjid dan surau di negeri ini untuk setiap solat fardu akan ditambah susulan permintaan umat Islam menerusi ahli jawatankuasa masjid masing-masing. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, berkata kerajaan negeri menerusi keputusan mesyuarat EXCO pada 15 Julai menetapkan jumlah maksimum jemaah bagi masjid […]