Sanitasi oleh SAY di Kuala Nerus
KUALA NERUS – Selepas Kemaman dan Marang, Skuad Sanitasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Jun meneruskan program sanitasi di Surau Kampung Banggol Mengabang Telipot dan Surau Nur Hidayah Taman Perumahan Gong Badak di sini. Seramai enam orang Sukarelawan YADIM (SAY) Terengganu terlibat melaksanakan tugas berkenaan di kedua rumah ibadah tersebut yang berlangsung […]
Sumbangan YADIM Sabah – CIMB Islamic untuk SAVI
KOTA KINABALU – Nasib golongan Orang kurang Upaya di negeri ini tetap tidak dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pada 28 Jun, bersama dengan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB), YADIM Sabah menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada kepada 23 ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Sabah/Sabah Assocation For The Vision Impaired (SAVI) […]
160 pegawai Jakim ditempatkan di hospital tangani kes kemurungan
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang melengkapkan 160 pegawai mereka di hospital seluruh negara dengan kemahiran khidmat psikospiritual, khidmat bimbingan dan ‘ilaj syarie’ (rawatan Islam) untuk menangani kes kemurungan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada […]
Anak tertukar, wajib tukar binti bapa kandung
KUALA LUMPUR – Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk […]
Ebit Lew berjaya jejak kaki ke Gaza
PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian dan mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu pagi ini. Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook beliau sebentar tadi. Menurut Ebit, Kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir memaklumkan mereka adalah pasukan pertama dunia dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas […]