Iftar YADIM bersama Persatuan OKU Penglihatan
BANDAR PERDA – Sebagai meraikan golongan Orang Kurang Upaya Penglihatan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 8 Mei telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka. Program di Barastar Cafe di sini, turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Mohd Zikri Zulkifli. Seramai 60 OKU termasuk ahli keluarga mereka hadir ke […]
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan 202
SENTUL – Dengan hasrat menyantuni komuniti menerusi pemberian foodbasket, seramai 245 asnaf di kawasan ini menerima sumbangan barangan tersebut dalam satu majlis di sini pada 8 Mei. Menerusi Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan 2021 di Surau At Taqwa, Taman Sentul Utama di sini, seramai 245 asnaf menerima sumbangan foodbasket yang disampaikan oleh […]
SAY Sungai Petani Agih 100 Pek Juadah Berbuka
SUNGAI PETANI – Meskipun hujan lebat menimpa lokasi program, namun Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani tetap bersemangat menyedia dan memasak juadah untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di sini pada 8 Mei. Sebanyak 100 set nasi ayam, kurma dan air kotak disedia untuk diagihkan kepada kepada petugas sekatan jalanraya, pengawal keselamatan dan […]
Penyampaian Sumbangan Kepada Penerima Program Nisa’ Small Kindness
KUANTAN – Warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 8 Mei telah menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada penerima program Nisa’ Small Kindness (NSK). Ia hasil kerjasama bersama badan kebajikan, Nisa’ Paya Besar yang diketuai oleh Puan Aisah Sulong. Program ini mensasarkan 200 penerima dari kalangan warga yang memerlukan sekitar kawasan ini. Pek sumbangan […]
Edaran kurma untuk Daie Komuniti YADIM
BATU CAVES – SEKITAR edaran Kurma Kepada 10 Daie Komuniti YADIM PPR/PA-DBKL oleh Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Batu Caves pada 8 Mei. Sebanyak 180 pek kurma diagihkan kepada mereka yang kelak akan mengaihkannya pula kepada komuniti masing masing menerusi program seperti […]
YADIM Peduli Siri 3 santuni pemandu bas
SEBERANG JAYA- Pada 8 Mei berlangsung Program YADIM Peduli Siri 3 dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pengusaha & Pemandu Bas Utara bertempat di Dewan Sri Tenggiri di sini. Seramai 40 orang pemandu bas yang terkesan dengan penularan Covid-19 menerima sumbangan barangan keperluan harian disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Pulau Pinang, Ustaz Afifi […]
YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz
AYER HITAM – Usaha berterusan dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dalam menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 8 Mei, mereka telah menganjurkan program YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz, di Telaga Batu di sini. Seramai 30 orang penerima terdiri daripada asnaf dan warga emas menerima […]
Nasi kerabu untuk Kongsi Rezeki YADIM Sarawak
KUCHING – Bersempena dengan program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuching telah mengagihkan 100 pek makanan berupa nasi kerabu di sekitar bandaraya ini pada 7 Mei. Pengagihan pek makanan tersebut telah bermula pada jam 3.00 petang. Destinasi pertama agihan pek makanan tersebut adalah di Rumah […]
Sertai SAY untuk bina keterampilan diri
KUCHING – Golongan muda di negeri ini digalakkan menyertai Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) bagi membina keterampilan dan mengembangkan jati diri mereka. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, penyertaan dalam aktiviti kesukarelawanan memberikan pelbagai manfaat untuk anak […]
Sukarelawan Yadim Jajahan Machang santuni asnaf
MACHANG – Menjelang hari hari terakhir Ramadan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Machang meneruskan program ziarah asnaf mereka ke Kampung Bukit Bakar, Kampung Takel Luar, Kampung Belukar Kubur dan Kampung Kelaweh di sini. Sebanyak 15 keluarga miskin tegar, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik telah disantuni menerusi ziarah ini. Sumbangan barangan keperluan harian telah […]