SAY Terengganu agih 1,000 pek bubur lambuk
MARANG – Seawal pagi pada 7 Mei, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Terengganu telah bergotong royong menyediakan dan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sini. Seramai 25 SAY terlibat dalam penyediaan 1,000 pek bubur lambuk ini. Menariknya, bahan bahan ulam untuk bubur ini dicari dan dipetik sendiri oleh ahli SAY di hutan […]
Bicara Agama Tazkirah Ramadan Kampung Kodiang Lama
KODIANG – Satu program bicara Tazkirah Ramadan bertajuk Pengajaran dari Peperangan Ain Jalut di telah dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Masjid Sirajiah, Kampung Kodiang Lama di sini pada 7 Mei. Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyampaikan ceramah tersebut kepada kira kira 20 jemaah yang hadir. Selepas solat Jumaat pula, […]
Bicara Agama Tazkirah Ramadan Kampung Kodiang Lama
KODIANG – Satu program bicara Tazkirah Ramadan bertajuk Pengajaran dari Peperangan Ain Jalut di telah dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Masjid Sirajiah, Kampung Kodiang Lama di sini pada 7 Mei. Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyampaikan ceramah tersebut kepada kira kira 20 jemaah yang hadir. Selepas solat Jumaat pula, […]
Bakul Rezeki Persatuan Penduduk Blok 5B, Presint 9
PUTRAJAYA – Usaha menyantuni masyarakat yang terkesan dengan Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (yYADIM) di Presint 9 di sini pada 7 Mei. Kali ini, seramai 110 penduduk kawasan kejiranan ini yang dikenalpasti memerlukan menerima sumbangan kotak makanan daripada YADIM. Pengerusi Persatuan Penduduk 5B,Mohamad Aidil Abdul Rasid, menerima sumbangan tersebut mewakili para penduduk daripada Ketua […]
Sepakat@Komuniti: Ihya’ Ramadan@Penjara Seremban
SEREMBAN – Aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan oleh warga Penjara Seremban telah berlangsung pada 6 Mei..Program telah dimulakan dari sebelah pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk, Kuiz Covid-19 dan program penerangan, Info On Wheels. Ia juga diisi dengan acara Qasidah oleh Penghuni Penjara Seremban serta Taklimat Norma Baharu oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad. Pada […]
Kembara Tazkirah YADIM di KDN
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi lokasi terbaharu penganjuran program Kembara Tazkirah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sempena menyambut Ramadan kali ini. Program pada 7 Mei ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Artief Tuan Soh sebagai penceramah. Membawakan tajuk ‘Ramadan Membentuk Muslim Berintegriti’ seramai 150 orang warga KDN menyertai majlis ini. Setiausaha […]
Pelancaran Rakan Siswa YADIM Kolej Profesional Mara Bandar Melaka
MELAKA – Selepas perancangan teliti diatur, Alhamdulillah Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Kolej Profesional Mara Bandar Melaka akhirnya berjaya dilancarkan pada 6 Mei. Pelancaran ini sangat bermakna kerana Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (KPMBM) disifatkan perintis kepada usaha membina kerjasama penubuhan sayap dakwah YADIM iaitu RSY di peringkat institut pengajian tinggi milik MARA. […]
YADIM terus santuni frontliners
SEREMBAN – Selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota bomba dan polis di sekitar Kajang dan Bangi pada 4 Mei lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekali lagi menyantuni golongan ini pada 6 Mei. Jika pada 4 Mei lalu mereka menerima sumbangan set KFC, buah kurma dan air mineral, kali ini para petugas disantuni dengan pek makanan […]
Kongsi Rezeki : Agihan untuk warga UNIMAS
SAMARAHAN – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak pada 6 Mei telah mengadakan program agihan bubur lambuk kepada warga Universiti Malaysia Sarawak. Bermula jam 10 pagi, peserta yang terlibat telah bergotong royong menyedia dan memasak juadah tersebut. Agihan bermula sekitar jam 2.45 petang dengan penyerahan bubur lambok kepada […]