Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Anak Anak Yatim
BUKIT MERTAJAM- Satu majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada anak- anak yatim dan mualaf telah diadakan pada 29 April bertempat di Restoran Route 69 di sini, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang. Seramai 22 anak yatim dan 15 mualaf diraikan dalam majlis ini. Sumbangan berupa wang tunai dari YADIM diberikan kepada mereka […]
Edaran bubur lambuk dan risalah dakwah oleh YADIM Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM – Pada 29 April telah diadakan Program Edaran Bubur Lambuk dan risalah dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang kepada pengunjung yang datang ke Mydin Mall di sini. Ia adalah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) yang menyasarkan komuniti setempat dengan pelbagai program yang dirancang. Sebanyak 600 pek bubur lambuk […]
Program Irsyad Parlimen Jerantut di Masjid Tengku Mahkota Abdullah
JERANTUT – Seramai 25 asnaf yang dikenalpasti memerlukan menerima sumbangan kit musaádah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 29 April. Program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irsyad 360) di Masjid Tengku Mahkota Abdullah ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS). Dalam program ini juga, turut diadakan taklimat halatuju kepada Sukarelawan YADIM dan […]
Asnaf Kampung Kerukan terima sumbangan YADIM Sabah
KUALA PENYU – Seramai 37 asnaf yang memerlukan di Kampung Kerukan di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 29 April. Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki di Masjid Jamek Kampung Kerukan. Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM Sabah.
Sembilan keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG – Pada hari sambutan Nuzul Quran, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat kekal konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini. Pada 29 April, sejumlah sembilan keluarga disantuni mereka di sekitar mukim ini. Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan setiausahanya, Hanizah Sumiri. SAY Kuala […]
Kebenaran solat sunat Aidilfitri akan diumum selepas dapat perkenan Agong
PUTRAJAYA – Kebenaran untuk mengadakan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya akan membuat kenyataan rasmi dan sidang media selepas mendapat perkenan baginda. “Untuk Wilayah Persekutuan kita telah mengangkat permohonan […]
Program Ukhuwwah Bubur Lambuk
YADIM Johor
JOHOR BAHRU – Program Ukhuwwah Bubur Lambuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini memasuki kali ketiga ia diadakan. Kali ini bertempat di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, ia dianjurkan bersama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor dan PNMB Johor pada 28 April. Program bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berjaya menghasilkan 800 […]
IRSYAD 360: YADIM Kedah Santuni Gelandangan
ALOR SETAR – Nasib gelandangan di negeri ini tidak pernah dilupakan badan bertanggungjawab seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pada 28 April, bersama rakan badan bukan kerajaan antaranya Hidayah Centre Foundation, Majlis Dakwah Negara, Dhuafa Sejahtera, Persatuan Cina Muslim Malaysia, IBS dan Rakan Siswa YADIM UniSHAMS, YADIM Kedah mengambil inisiatif menyantuni 40 gelandangan di Shahab […]