Umat Islam mula puasa esok

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Selasa 13 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi […]