Musa’adah Covid-19 di Kuching
KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 19 Mac telah menyampaikan sumbangan tujuh set barangan keperluan harian untuk tujuh keluarga yang terkesan dengan Covid-19 di bandaraya ini. Kesemua mereka dikehendaki menjalani kuarantin ekoran penularan Cocid-19. Sumbangan disampaikan di tiga buah keluarga di Kampung Rampangi, dua buah keluarga di Kampung Semerah Padi dan dua […]
178 Pek Serbuk Pencuci Pakaian Untuk Perkampungan Dikenakan PKPD
BAU – Apabila Kampung Tringgus Bong, Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Kampung Tringgus Matan Nguan di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 7 Mac, salah seorang penduduknya telah memohon pertolongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Mereka memohon agar dapat disumbangkan serbuk pencuci pakaian untuk kegunaan penduduk kampung tersebut. Segera bertindak atas permintaan berkenaan, […]
YADIM Melaka bantu sedia pusat rehat E Hailing pertama Malaysia
AYER KEROH – Menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka telah terlibat membantu menyediakan sebuah kemudahan berehat untuk pemandu dan penunggang perkhidmatan E Hailing di negeri ini. Pusat di Kompleks Melaka Mall itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini, bagi kemudahan penunggang dan pemandu E Hailing berehat. Ia disediakan […]
Teratak Prihatin bersama anggota 5 Briged Kem Lok Kawi di Kampung Saab
PITAS – Selepas Kampung Kotabungan di Kota Belud sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysa (YADIM) Sabah sekali lagi bekerjasama dengan Tentera Darat dari 5 Briged Kem Lok Kawi menerusi Projek Jiwa Murni untuk menyantuni penduduk yang memerlukan di sini. Penyerahan kunci rumah Teratak Prihatin di Kampung Saab di sini pada 18 Mac, disempurnakan oleh Panglima […]
Ini rumah ?
PASIR PUTEH – Betulkah ada orang tinggal di sini ? Itu yang pertama terfikir sebaik sampai di kediaman Puan Rose Monaliza Ramli di sini. Dari kejauhan boleh dilihat rumah dua tingkat itu….tetapi kelihatannya ia belum siap dan terbengkalai. Menurut Rose Monaliza, dia sebelum ini tinggal di rumah itu, namun kemudiannya terpaksa menumpang di kediaman anak […]
Keluarga tinggal di rumah dhaif disantuni YADIM
SELISING – Meruntun hati dan jiwa. Begitulah keadaan rumah Puan Mek Yah Abdul Halim di sini yang disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 Mac. Rumah kayu dhaif itu berlubang di sana sini, papannya reput, atapnya tidak mempunyai siling menyebabkan bahang panas begitu terasa dalam keadaan cuaca kering sekarang. Meskipun diuji hidup dalam keadaan […]
Is’aadul Usrah dan Musa’adah di Masjid Tengku Abdul Halim, Tualang Tinggi
PASIR PUTEH – Program Musa’adah menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan di negeri ini dengan Selising di sini menjadi lokasi terbaharu program pada 18 Mac. Lebih unik, kali ini ia dilaksanakan bersekali dengan Is’aadul Usrah di Masjid Tengku Abdul Halim di sini. Seramai 100 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan barangan keperluan harian […]
Musa’adah Dai’e Orang Asli Ketereh
KETEREH – ‘Hasil bersama orang Asli kami dapati, mereka sangat berterima kasih apabila kita beri sumbangan barang’. ‘Tapi mereka jauh lebih gembira bila kita hargai mereka. Program seumpama YADIM buat inilah yang kita maksudkan,’ kata Ahli Jawatankuasa Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli di Kok Lanas di sini, Haji Abdul Khalid Ahmad. Haji Abdul Khalid […]
Isu kalimah Allah: Jakim tunggu perkenan Majlis Raja-raja untuk tindakan lanjut
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi agama Islam lain akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu penggunaan kalimah Allah selepas mendapat perkenan Majlis Raja-raja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah menyerahkan laporan hasil perbincangan antara mufti dan pakar undang-undang seluruh negara […]
Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau di bulan Ramadan – YADIM
PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan solat sunat tarawih diadakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata peluang tersebut dinanti-nantikan umat Islam selepas tidak dibenarkan berbuat demikian pada Ramadan tahun lepas akibat penularan COVID-19. Beliau […]