Sumbangan untuk mualaf Orang Asli Pulau Carey
KUALA LANGAT – Saudara baharu dari kalangan Orang Asli di sini tidak pernah dilupakan perihal kebajikan mereka. Pada 16 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah menyantuni mereka menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sebanyak lima keluarga menerima sumbangan ini bagi meringankan beban mereka yang […]
SOP haji akan dikemaskini
PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah […]
Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan
KOTA BHARU – Sekolah masih belum dibuka, tetapi perbelanjaan untuk penyelenggaraan bas dan van tetap perlu dikeluarkan. Tanpa pelanggan (pelajar sekolah),bagaimana pula hendak mendapatkan sumber pendapatan. Demikian dilema dihadapi pemandu bas dan van sekolah seluruh negara. Mereka kini berdepan dengan cabaran mengekalkan perniagaan mereka, walaupun masa depannya masih kelam ekoran Covid-19 yang masih berleluasa. Cakna […]
Umat Islam dilarang sertai aplikasi Sugarbook
PUTRAJAYA – Umat Islam diingatkan untuk tidak menggunakan aplikasi Sugarbook berikutan sebarang perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya perzinaan adalah jelas dilarang mengikut hukum syarak. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk tampil memberikan nasihat serta panduan hukum syarak kepada masyarakat umum, khususnya umat Islam di negara ini berkenaan isu […]
Nasib adik Rayhan dapat perhatian JPM dan YADIM
LAHAD DATU – Susulan siaran berita di Astro AWANI semalam (14 Januari) mengenai nasib kanak-kanak lima tahun Muhammad Rayhan Jilhan yang menghidap ‘Hidrosefalus’, sejenis penyakit ketumbuhan otak di Lahad Datu hari ini (15 Februari) mendapat perhatian daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau telah menghubungi dan mewakilkan pihak Yayasan […]