YADIM Peduli Pulai Pinang sempena Tahun Baru Cina
GEORGETOWN – Masyarakat Tionghua di sini yang memerlukan menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 Februari. Ia bertujuan membantu menceriakan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Program ini memberi manfaat kepada 50 keluarga yang masing masing menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas. Pada hari yang sama, YADIM Pulau Pinang juga menyampaikan sumbangan kepada […]
Keluarga saudara baharu terkesan Covid-19 dibantu YADIM
JOHOR BAHRU – Cuba meneruskan kehidupan di sebuah bandaraya tanpa mempunyai pendapatan amat sukar untuk dibayangkan. Bertambah perit apabila bertanggungjawab menyara sebuah keluarga. Namun itulah yang dihadapi Muhammad Lee Sung Lee dari Plentong di sini. Hampir setahun tidak mempunyai pekerjaan akibat diberhentikan majikan kerana kesan Covid-19,Muhammad Lee Sung Lee memberitahu dia menempuh tempoh yang amat […]
30 keluarga OKU terima sumbangan
JOHOR BAHRU – Meneruskan usaha menyantuni semua lapisan masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar bandaraya ini. Seramai 30 keluarga OKU menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada YADIM. Ia adalah sebahagian daripada pengisian program YADIM Peduli selama dua […]
Sumbangan untuk warga emas dan pesakit kanser
SIJANGKANG – Istiqamah dalam menyantuni masyarakat. Demikian yang boleh disimpulkan terhadap usaha menyantuni masyarakat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Meskipun dalam skala kecil, namun program yang dilaksanakan kekal konsisten sepanjang masa. Terbaharu pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser usus tahap empat di sini serta dua warga […]
Sahabat Tiong Hua disantuni YADIM Sabah
PENAMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah turut tidak ketinggalan meraikan rakan rakan masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada lapan buah keluarga memerlukan di sekitar Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Melalui kerjasama ini, YADIM menyumbang bakul makanan sementara MACMA […]
Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan
SEREMBAN – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam, ketika bulan Ramadan nanti. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, panduan itu akan diumumkan setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pihak, dalam mesyuarat […]
Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di DUN Pedu
PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Februari mengadakan program Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di Dewan Undangan Negeri Pedu di sini. Ziarah dilakukan kepada 10 buah rumah yang terdiri dari guru agama, pemimpin masyarakat, mantan imam, mantan bilal serta aktivis masyarakat. Bicara agama pula diadakan di Masjid Kampung,Lubuk Perong, […]
Kongsi rezeki di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik
KUCHING – Program Kongsi Rezeki oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik di sini. Kali ini, sebanyak 250 pek bubur lambuk diagihan kepada ahli jemaah serta penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya. Pengagihan turut diadakan kepada orang awam yang tinggal dan lalu lalang serta peniaga yang menjalankan perniagaan […]