PULAU BANGGI – Sebaik mungkin kami berusaha menyantuni semua yang memerlukan dalam usaha dakwah. Kami mungkin tidak popular, sumbangan kami juga mungkin tidak besar, tetapi kami ada. Mengambil semangat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah hari ini (8 Februari) menempuh perjalanan sejauh 186 kilometer untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti Dusun Bonggi di Kampung Kalangkaman. […]
Johor benar 40 jemaah tunai solat Jumaat, fardu mulai esok
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu dengan jumlah jemaah 40 orang bermula esok (9 Februari). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Yang Berhormat Tosrin Jarvanthi berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai, […]
Malaysia tolak dasar iktiraf LGBTQ Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR – Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia. Pentadbiran AS memasukkan sekali golongan interseks (khunsa) dalam kelompok itu tetapi ia tidak termasuk dalam pendirian kerajaan kerana khunsa berbeza dengan LGBT dan bukanlah sesuatu yang melanggar […]
YADIM Peduli di Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut
KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 7 Februari telah melaksanakan Program Yadim Peduli untuk mangsa banjir dan asnaf hari ini di dua lokasi. Seramai 5 orang kakitangan terlibat iaitu Penolong Pengarah YADIM Sarawak dan empat Sukarelawan YADIM Sarawak. Lokasi pertama program ialah Kampung Simpang Tiga di sini. Di lokasi ini, YADIM Sarawak […]
Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas
SUNGAI LEMBING – Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin dengan Orang Asli Kampung Sungai Mas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pahang pada 8 Februari menyampaikan sumbangan telekung dan pakaian terpakai yang masih elok kepada penduduknya. Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk yang dikenali sebagai Pak Abu, yang banyak membantu program-program YADIM di sana sebelum ini. […]