Mangsa banjir 3 kampung terima sumbangan agensi agama Islam Persekutuan
LIPIS – Sebanyak 100 keluarga daripada tiga kawasan perkampungan di sini menerima sumbangan pelbagai bentuk barangan bagi membantu mereka yang menjadi mangsa bencana banjir. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Kerambit (60 keluarga), Kampung Lentang (20 keluarga) dan Kampung Jeram Bungor (20 keluarga) di sini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]
Mangsa banjir Kampung Balibata dan Binunuk terima bakul makanan YADIM Sabah
BEAUFORT – Seramai 176 keluarga di mangsa banjir di Kampung Balibata dan Binunuk di sini, menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 7 Januari. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki kepada ketua ketua keluarga di sini. Hadir sama ialah wakil Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji […]
Kongres Perpaduan Negara rintis penyatuan ummah
KUALA LUMPUR – Sebuah NGO, Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) akan menganjurkan Kongres Perpaduan Negara 2021 selama dua hari pada 16 dan 17 Januari ini. Kongres menampilkan pembentang dan panel dari tokoh pemimpin, akademik dan masyarakat itu akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk merintis jalan ke arah penyatuan […]
Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Shukor
DUNGUN – Kampung Shukor yang terletak di pedalaman daerah ini merupakan antara Kawasan yang sering dilanda banjir saban tahun. Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 7 Januari telah berkunjung ke Kawasan tersebut bagi menyampaikan sumbangan. Ia merupakan misi banjir ke 11 untuk YADIM Terengganu. Di kawasan ini , mangsa banjir […]
Mussola sementara untuk penduduk terjejas banjir
MARAN – Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil langkah proaktif mewujudkan mussola di pusat pemindahan bagi memudahkan penduduk beragama Islam yang terjejas banjir menunaikan solat. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keadaan rumah mangsa banjir yang tidak terurus serta dipenuhi lumpur membataskan mereka mengerjakan solat di kediaman masing-masing. […]
Misi bantuan banjir kampung Orang Asli Kuala Koh
GUA MUSANG – Usaha membantu mangsa banjir di negeri ini turut disasarkan kepada masyarakat Orang Asli oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 7 Januari, sejumlah 60 set sumbangan telah dikumpulkan untuk diserahkan kepada komuniti berkenaan di Kuala Koh, Aring di sini. Bagaimanapun usaha ini mengalami halangan apabila Jambatan Sungai Lebir di sini tidak […]