25 asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Alhamdulillah program agihan makanan terakhir Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat bagi tahun 2021 berjalan lancar pada 31 Disember. Program setiap Jumaat ini kali ini menyantuni 25 penduduk di Taman Pahlawan,Taman Desawira, Kampung Sijangkang dan Kebun Bharu di sini. Agihan yang diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin […]

Pertemuan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) bersama Ketua Agensi Agama Islam Kedah

ALOR SETAR – Selepas selesai pertemuan dengan Tuan Guru Pondok seluruh Kedah di Sik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad telah mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua agensi agama Islam negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama,  Pendidikan dan […]

Perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Tuan Guru Pondok seluruh Kedah

SIK – Lebih 50 Tuan Guru Pondok seluruh Kedah telah menyertai perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad di Madrasah Ar Rahmaniah di sini. Program berlangsung pada 30 Disember 2021 ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah […]

YADIM Terengganu siaga bantu mangsa banjir

DUNGUN – Hujan turun sejak malam tadi di Kampung Pasir Raja di sini, malah menjadi lebat pagi 30 Disember. Paras air Sungai Dungun juga sudah naik. Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepada pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan 20 Sukarelawan YADIM yang berada di Dapur Rakyat YADIM bagi mengagihkan bantuan untuk masayarakat […]

Sinar syahadah seorang mak nyah

KUALA LUMPUR – “Saya sudah lama ingin sembahyang, saya cemburu dengan orang Islam… Sudah bertahun tahun. “Sebelum ini saya takut… Kerana ada banyak diskriminasi, saya mak nyah,” ujar insan yang kini bernama Ahmad Andrew dengan sebak. Sesuatu yang tidak diduga namun dirancang dengan sempurna oleh Allah SWT apabila seorang mak nyah membuat keputusan untuk memeluk […]

Mahasiswa, badan pelajar sertai Musa’adah Keluarga Malaysia ke Mentakab

PUTRAJAYA – Satu lagi misi menyantuni mangsa banjir diadakan oleh agensi agensi agama Islam persekutuan pada 30 Disember, yang diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary. Kali ini, melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), seramai 150 pelajar Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa pertubuhan mahasiswa […]

SAY Negeri Sembilan dekati warga perkampungan Orang Asli Guntur

BARU KIKIR – Sejak penubuhan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tahun 2000, salah sebuah pasukan yang masih aktif hingga kini ialah sukarelawan di negeri ini yang berpusat di Mambau. Menjelang penghujung Bulan Dakwah 2.0, Sukarelawan YADIM di sini yang diketuai oleh Ustaz Haji Abdul Latif Haji Mohd Yunos, bersama 12 ahlinya menelusuri denai kebajikan di […]

Dapur Rakyat YADIM Terengganu kini dibuka

DUNGUN – Seperti di beberapa negeri lain, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu juga mengambil inisiatif mengadakan program Dapur Rakyat YADIM bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Perasmian di Kampung Shukor di sini pada 29 Disember disempurnakan Ahli Parlimen Dungun, Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Turut hadir Pegawai Penyelaras Dun Bukit Besi, Tuan […]

Seminar Pemantapan Aqidah YADIM – CUEPACS

PORT DICKSON- Dengan ancaman pelbagai fahaman, budaya dan haluan ketika ini, wujud keperluan untuk memantapkan pegangan akidah umat Islam di negara ini. Bertitik tolak daripada itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 29 Disember telah menganjurkan Seminar Pemantapan Aqidah di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini. Diadakan dengan kerjasama Kongres Kesatuan […]

300 pek makanan untuk mangsa banjir oleh SAY Kuala Langat

BUKIT CHANGGANG – Prihatin dengan kesulitan dihadapi mangsa banjir di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menyediakan makanan bermasak untuk mereka. Inisiatif Dapur Rakyat SAY Kuala Langat pada 28 Disember ini bermula dengan edaran 300 set makanan untuk 40 keluarga. Selain makanan, turut disumbangkan ialah toto, bantal dan selimut kepada […]