22 Mei lihat anak bulan

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal di Malaysia adalah pada petang Jumaat, 22 Mei ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Katanya, cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 15 lokasi terpilih oleh […]

Musa’adah Covid-19 di Setiu

SETIU – Daerah ini menjadi lokasi terkini pelaksanaan program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Bermula di Masjid Kampung Jabi di sini, program pada 14 Mei itu menyantuni 100 keluarga dengan pemberian pek sumbangan barangan keperluan harian. Selesai acara di Masjid Kampung Jabi, kakitangan YADIM Terengganu kemudiannya mengagihkan pula pek sumbangan kepada asnaf […]

Umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh solat Jumaat, berjemaah esok

PUTRAJAYA – Semua masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok (15 Mei). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, […]

Sumbangan Musa’adah di Tanjung Dawai, Baling

TANJUNG DAWAI – Hari kedua (14 Mei) fasa kedua Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyaksikan program berkenaan menyantuni komuniti nelayan di kawasan ini. Sebanyak 20 pek sumbangan diserahkan kepada golongan asnaf di kawasan ini yang telah dikenal pasti, dari dua perkampungan iaitu Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial. Kesemua yang disantuni menerima […]

10 keluarga terima sumbangan YADIM di Kampung Surau Haji Daud

KUALA TERENGGANU – Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun menyebabkan ramai kalangan asnaf di Kampung Surau Haji Daud di sini memerlukan perhatian untuk membantu keadaan mereka. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 13 Mei telah turun padang bagi menyampaikan sedikit sumbangan untuk 10 buah keluarga yang memerlukan di sini. […]

Boleh mohon zakat lebih sekali

KUALA LUMPUR – Tiada halangan kepada mana-mana pihak khususnya golongan asnaf untuk memohon bantuan zakat kali kedua atau ketiga daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon, berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan meskipun individu itu […]

Perak benar solat Jumaat, Aidilfitri

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid dan surau, bermula esok (15 Mei) selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata, baginda turut memberi perkenan untuk solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid […]

Johor benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat

JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat diadakan bermula 15 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata selain itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga berkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah diadakan. Bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri serta akad nikah tersebut mesti mematuhi […]

Ziarah hari pertama Raya sahaja

PUTRAJAYA – Hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Menurutnya, prosedur […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu ke Hulu Besut

HULU BESUT – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan pula di daerah ini hari ini (13 Mei). Sebanyak 200 pek sumbangan disampaikan oleh YADIM Terengganu hari ini. Ia diadakan meliputi tiga kawasan iaitu Hulu Besut, Kota Putra dan Kuala Besut. Program hari ini diadakan dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah Besut […]