Makkah dibuka semula 31 Mei ini

MAKKAH – Arab Saudi mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Makkah hari ini bagi melonggarkan sekatan berikutan penularan COVID-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa. Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang. Selain itu, […]

UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa

KUALA LUMPUR –  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatat sejarah menjadi universiti pertama di negara ini yang tersenarai sebagai finalis untuk dua penganugerahan lestari antarabangsa. Dua anugerah berkenaan ialah Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Dunia dan Anugerah Memanfaatkan Masyarakat menerusi program LIGHT (Leadership, Intuititive, Giving, Humility, Tenacity)  anjuran Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar. […]

Tidak perlu kursus pra perkahwinan ketika PKPB

ALOR SETAR – Bakal pengantin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebaliknya hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi kelonggaran itu kepada calon suami dan isteri berikutan kursus pra perkahwinan […]

Johor larang baraan marhaban

JOHOR BAHRU – Rakyat di Johor Bahru dinasihatkan tidak menganjurkan atau mengikuti aktiviti baraan marhaban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata aktiviti seumpama itu memang tidak dibolehkan. Menurutnya, ia sama seperti garis panduan larangan menziarah kubur pada Aidilfitri sepanjang PKPB. “Tidak boleh buat marhaban […]

Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini (25 Mei) menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial. Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, […]

Syawal paling bermakna

KUALA LUMPUR – Inilah detik paling bermakna buat diri. Memeluk Islam adalah pilihan terbaik pernah seumur hidup,” kata saudara baharu, Muhammad Afiq Iman Abdullah, 27. Lelaki yang nama asalnya Jackie Jamior Jepol dan berasal dari Penampang, Sabah itu memeluk Islam pada akhir Ramadan lalu. Gambarnya ketika melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Menteri di Jabatan […]

Kekal istiqamah di bulan Syawal – Dr Luqman

KUALA LUMPUR –  Memasuki bulan Syawal, umat Islam di negara ini diseru agar terus beristiqamah terutamanya dalam menghadapi ujian wabak COVID-19 yang membataskan masyarakat menyambut perayaan Aidilfitri semeriah seperti kelaziman sebelum ini. Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan dalam pembersihan jiwa yang dikurniakan Allah kepada umat Islam kerana dapat menempuh ujian sebulan berpuasa serta berjaya melaksanakan […]

Covid-19 jadikan rakyat tidak boros

SHAH ALAM – Kadar perbelanjaan umat Islam di Malaysia untuk menyambut Aidilfitri didapati mengalami pengurangan sebanyak 50 peratus. Keadaan tersebut berlaku ekoran langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi menghalang penularan pandemik koronavirus (Covid-19). Langkah itu memberikan kesan besar terutama dari segi ekonomi yang menyaksikan banyak perniagaan terjejas teruk dan […]

MAINJ agih RM9.2 juta kepada asnaf

JOHOR BAHRU – Seramai 73,629 asnaf fakir miskir menerima zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bernilai keseluruhan RM9.2 juta bagi menyambut Aidilfitri tahun ini. Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, penerima terdiri daripada 6,646 ketua keluarga fakir yang setiap seorang menerima RM300. Katanya, seramai 7,736 tanggungan fakir akan menerima RM50 […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Suli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa […]