Solat Jumaat, 5 waktu untuk orang awam di Selangor ditangguh hingga 30 Jun

SHAH ALAM – Sultan Selangor mengarahkan penangguhan solat Jumaat dan solat 5 waktu untuk orang awam di masjid serta surau di negeri itu dilanjutkan sehingga 30 Jun bagi mengekang penularan Covid-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata sepanjang tempoh itu, pelaksanaan solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah yang […]

SAR Kuala Langat santuni keluarga mangsa kemalangan

BANTING – Walaupun masih dalam suasana meraikan Syawal, pasukan Sukarelawan Al Rahmah Kuala Langat telah bergerak melaksanakan aktiviti mereka. Bertempat di Kampung Kanchong Tengah di sini,SAR Kuala Langat pada 31 Mei telah menziarahi sebuah keluarga yang ditimpa musibah akibat kemalangan. Muhammad Norezwa, ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerjanya di Kanchong Darat di sini pada […]

Kursus praperkahwinan di Melaka dilaksanakan semula Isnin ini

MELAKA – Kursus praperkahwinan yang ditangguhkan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu akan dilaksanakan semula bermula Isnin ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat, berkata langkah itu susulan persetujuan pihak pengurusan jabatan itu untuk mengubah beberapa kaedah perjalanan kursus terbabit, sejajar dengan kehidupan normal baharu ketika ini. […]

Masjid Nabawi dibuka secara berperingkat mulai esok

KUALA LUMPUR – Masjid al-Nabawi di Madinah akan mula dibuka secara berperingkat mulai esok (8 Syawal 1441H) dengan langkah pencegahan COVID-19, demikian menurut Haramain.info hari ini. Haramain.info memaklumkan Masjid al-Nabawi, di mana terletaknya makam junjungan besar Rasulullah saw, tidak akan dibuka sepenuhnya kepada umum tetapi secara berperingkat. Posting terkini instagram Haramain.info berkata semua karpet di […]

Pindaan undang-undang hukuman lebih berat kes pemandu mabuk dimuktamad Jun

PETALING JAYA – Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata susulan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. […]

Israel lakukan 106 jenayah dalam seminggu di wilayah Palestin

BAITULMAQDIS – Lebih 100 pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa telah dilakukan oleh penduduk haram dan rejim pengganas Israel dalam tempoh seminggu di wilayah Palestin yang diduduki. Dalam satu laporan Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) semalam, sebanyak 106 jenayah Israel telah direkodkan secara menyeluruh. Bagaimanapun, sekatan yang dikenakan ke atas Palestin ketika ini telah […]

Chong Wei beri sumbangan pada masjid

KUALA LUMPUR – Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan teladan yang baik apabila memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur pada 29 Mei. Perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid. “Terima […]

Suspek perlekeh kebenaran solat Jumaat dijangka dituduh 1 Jun

KULAI – Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan tular di Facebook, memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kulai pada 1 Jun. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata pihaknya telah mendapat keputusan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung pengesahan milik […]

Rujuk maqasid syariah dalam menghukum

IPOH – Hukuman berat ke atas pemandu mabuk boleh dilaksanakan berdasarkan maqasid syariah (tujuan syariat) yang menekankan keselamatan agama, penjagaan nyawa, akal, keturunan dan harta.null Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, dengan kes kematian disebabkan pemandu mabuk semakin meningkat, semua pihak sepatutnya memahami prinsip memelihara nyawa itu adalah penting. “Syariat Islam datang antaranya untuk […]

Singapura buka masjid bermula 2 Jun

SINGAPURA – Kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat bermula 2 Jun, bagaimanapun solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan. Langkah pemutus rantaian lebih ketat yang dikuatkuasakan oleh republik ini bermula 7 April lepas bagi mengekang penularan wabak Covid-19 akan berakhir pada 1 Jun. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid akan mengehadkan […]