Arak : Kedah, Perak akan turuti langkah kerajaan pusat

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak di negeri ini. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai lebih bidang kuasa dalam perkara berkenaan, justeru apa sahaja yang akan diputuskan di peringkat pusat akan diikuti kerajaan […]

Solat Jumaat 40 jemaah, bermula Jumaat ini

KOTA BHARU – Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang berbanding sebelum ini hanya 12 individu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuatkuasa pada 5 Jun ini. Beliau berkata, Sultan […]

Status jemaah haji Malaysia akan diketahui minggu hadapan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri. Dr Zulkifli berkata, satu mesyuarat berkenaan status jemaah haji bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia telah diadakan baru-baru ini. […]

Tukang gunting rambut disantuni YADIM Kedah

ALOR SETAR – Tukang gunting adalah antara golongan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu kerana punca pendapatan yang terputus akibat tidak dapat melakukan perniagaan. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 Jun menerusi Program Musa’adah Covid-19, YADIM Peduli telah menyantuni golongan berkenaan. Dalam satu […]

RM10,000 untuk Musa’adah Covid-19 YADIM dari surau Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus diberi kepercayaan dan sokongan untuk melaksanakan program Musa’adah Covid-19nya. Terbaharu pada 2 Jun, Surau Ar Rusydan di Bursa Malaysia menyumbangkan RM10,000 untuk tabung Musa’adah Covid-19 YADIM. Satu majlis ringkas penyerahan cek telah dilakukan di Bursa Malaysia di sini. YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Akaun, Ahmad […]

Indonesia tidak hantar jemaah haji musim ini

JAKARTA – Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia memutuskan untuk tidak menghantar bakal jemaah haji ke Tanah Suci musim ini berikutan krisis pandemik COVID-19 yang belum berakhir. Ketika ini kerajaan Arab Saudi masih menyekat kemasukan warga asing ke negara itu. Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi, berkata keputusan itu dibuat berikutan mereka tidak mempunyai masa yang […]

DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras

BANGI – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras berkuat kuasa serta-merta. Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan hari ini (2 Jun) memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen. “Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta-merta. “Tindakan penguatkuasaan akan […]

JHEAIPP perkenal temuduga khas ganti kursus pra perkahwinan

JHEAIPP perkenal temuduga khas ganti kursus pra perkahwinan GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengadakan temuduga khas bagi menggantikan kursus pra perkahwinan Islam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan enam bulan pasca PKPB. Pengarahnya, Zulkifli Long berkata, permohonan untuk temuduga khas itu boleh dibuat di Pejabat […]

Sekat, haram penjualan arak: PPIM

SHAH ALAM – Premis perniagaan seperti pub, kelab malam termasuk kedai serbaneka wajar diharamkan beroperasi sekiranya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pengguna jalan raya lain tidak menunjukkan keberkesanan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, seperti semua pihak sedia maklum, di premis-premis tersebut minuman […]

COVID-19: KKM kaji punca jangkitan pelajar tahfiz di Perak

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan punca dan kontak rapat seorang pelajar tahfiz di Batu Gajah, Perak yang disahkan positif COVID-19, semalam. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata susulan kejadian itu Perak kini bukan lagi Zon Hijau. “Setakat ini tidak ada tanda-tanda yang pelajar ini mendapat jangkitan wabak ini dari […]