Pelancaran Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

PUTRAJAYA – Cakna dengan musibah banjir yang mula melanda beberapa kawasan seluruh tanah air, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah membuka bilik gerakan banjir di ibu pejabatnya di sini. Inisiatif di bawah Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita ini, adalah bagi menyelaras usaha membantu mangsa yang terlibat dengan bencana terbabit. Selain ibu pejabat, bilik gerakan juga […]

Ziarah Prihatin Pondok Bukit Jagung

PENDANG – Program YADIM Peduli – Ziarah Prihatin telah diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Pendang di Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ), Pondok Bukit Jagung, di sini pada 8 Disember. Sebanyak 20 pelajar dan 10 warga emas yang terdiri daripada keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. […]

BIAR GAMBAR BERBICARA…. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akibat air sungai yang melimpah kerana hujan lebat, jalan ke Kampung Lingga, Kiulu Tiuaran tidak dapat dilalui, walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun ia tidak menghalang semangat kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang nekad menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung yang memerlukan. […]

YADIM Bersamamu di PUSPEN Bachok

BACHOK – Gerakan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini, tanpa mengira latar belakang mereka. Terkini sebagai usaha menyantuni golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT), badan dakwah ini mengadakan program YADIM Bersamamu bersama komuniti berkenaan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok di sini pada 8 Disember. Menerusi […]

Pembelajaran jawi di SJK, SK diteruskan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) pada 2021. Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, ia berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos tahun lalu yang memutuskan supaya pengenalan tulisan jawi tetap diteruskan di SJK dan SK. […]

Yadim Kelantan sumbang 1,500 keping pelitup muka

KOTA BHARU – Cakna dengan keperluan dan kebajikan anggota bomba dan penyelamat di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 7 Disember telah menyantuni petugas barisan hadapan ini. Sejumlah 1,500 keping pelitup muka disumbangkan bagi kegunaan anggota bomba yang kini bukan sahaja membantu membendung penularan Covid-19, tetapi juga siap siaga menghadapi banjir yang […]

Kunjungan hormat kepada Exco Agama Kedah

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Disember telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad. Kunjungan di pejabat Dato’haji Najmi itu, yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Fakrudin […]

Ziarah Mangsa Banjir Bukit Payong

MARANG – Misi ziarah mangsa banjir di negeri ini dilaksanakan pula di Bukit Payong di sini, oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Sebanyak 15 rumah diziarahi oleh YADIM Terengganu yang diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin pada 7 Disember. Mereka turut mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa bencana yang diziarahi. YADIM […]

Ziarah Mualaf Orang Asli Bukit Tadom oleh Sukarelawan YADIM Kuala Langat

BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat kekal aktif dengan program menyantuni pelbagai lapisan masyarakat mereka. Terbaharu pada 6 Disember, mereka menyampaikan sumbangan kepada 8 buah keluarga mualaf Orang Asli di Bukit Tadom, di sini yang dikenal pasti memerlukan. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka. Program ini diketuai […]

Semarak Dakwah Yadim Pahang Parlimen Raub

RAUB – Perasmian Program Semarak Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bagi Parlimen Raub pada 6 Disember dimulakan dengan Bengkel Pengurusan Harta Pusaka yang telah di bentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Abd.Razak, Perunding dari Pusaka Najahul Mawarith. Program selama satu jam setengah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan soalan-soalan berkaitan harta pusaka […]