Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid 19 SAR KSI Port Dickson

SEREMBAN – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR), Kelab Sains dan Inovasi (KSI) Port Dickson Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 Jun telah menyantuni keluarga Muhammad Nazarudin Roslan, 13 yang mengidap Cerebral Palsy di sini. Hadir sama dalam program Ziarah Sinar Syawal Musaádah Covid-19 ini ialah Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia (KSKM) Cawangan Negeri Sembilan […]

Indonesia akan lobi Arab Saudi dapatkan kuota haji lebih besar tahun depan

JAKARTA – Indonesia akan cuba melobi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota haji yang lebih besar pada tahun depan berikutan keputusan negara itu membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi. “Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk melobi (kerajaan Arab Saudi) dengan menggunakan pelbagai alasan,” […]

Jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Bilangan jemaah solat Jumaat di masjid di negeri ini akan ditambah kepada 40 orang. Bagi solat jemaah pula, hanya dibenarkan seramai 15 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata penambahan itu akan bermula pada 12 Jun ini. Katanya, bilangan […]

Jakess buka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) hari ini (10 Jun) membuka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Menerusi kenyataan Jakess memaklumkan, penjadualan semula prosiding akan dibuat bagi kes yang sudah didaftarkan sebelum ini dengan memastikan penjarakan sosial kekal diamalkan di mahkamah. Orang ramai juga boleh menyemak […]

Muallaf daif disantuni Penyelarasan NGO YADIM

KAJANG – “Terima kasih banyak, semoga urusan YADIM membantu orang ramai seperti saya dipermudahkan,” kata Siti Mariam Abdullah ketika menerima sumbangan Bahagian Perhubungan NGO, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Jun. Siti Mariam atau nama asalnya, Mary anak Rina, yang memeluk Islam pada tahun 2013, tinggal bersama tiga anak dan suaminya di Kampung Sungai […]

Perak benarkan solat berjemaah 40 orang

IPOH – Semua masjid dan surau di Perak dibenarkan menerima jemaah seramai 40 orang bagi solat fardu dan solat Jumaat mulai esok. Perkara itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan. Ketua Pegawai […]

Ibadat haji: Kemampuan negara buat persediaan juga diambil kira

PUTRAJAYA – Jumlah kes Covid-19 di Arab Saudi yang melepasi angka 100,000 antara perkara yang menjadi pertimbangan bagi memutuskan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah bagi menunaikan haji tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perkara itu menjadi sebahagian daripada perbincangan pelbagai pihak dan badan berautoriti negara. “Kita […]

Zakat fitrah di WP melonjak naik 1,100 peratus

PUTRAJAYA – Kutipan zakat fitrah oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan terus meningkat setiap tahun apabila melonjak naik sehingga 1,100.06 peratus pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagi zakat harta pula, kenaikannya adalah dan 8.05 peratus. Beliau berjanji zakat itu akan dibelanjakan […]

Solat jemaah, Jumaat dan status haji diketahui Khamis ini

PUTRAJAYA – Isu bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) akan diumumkan pada Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan perlu dibuat berdasarkan ketertiban yang diamalkan di negara ini. Jelas beliau ini kerana perbincangan khusus […]

Sarawak benarkan solat jemaah di masjid, surau dengan syarat mulai hari ini

KUCHING – Solat lima waktu berjemaah di masjid dan surau dibenarkan dengan pelbagai syarat di Sarawak mulai 9 Jun, sementara solat Jumaat pula bermula 12 Jun ini dengan jumlah jemaah dihadkan di antara 20 orang dan 100 orang pada satu-satu masa. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha hari ini berkata keputusan itu dibuat […]