Terharu dapat peluang Solat Jumaat

PUTRAJAYA – Umat Islam sekitar pusat pentadbiran ini, melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra di sini, selepas lebih tiga bulan tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan COVID-19. Tinjauan mendapati, jemaah mula berbaris di luar pintu masuk sejak jam 11.30 pagi bagi mendapatkan giliran masing-masing. Jemaah […]

UniSZA perkenal kursus pra-perkahwinan dalam talian

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkenalkan aplikasi web MyBahagia sebagai pelantar menyediakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) secara dalam talian yang pertama di negara ini. Pelancaran MyBahagia disempurnakan Naib Canselor UniSZA Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan di UniSZA, Kampus Gong Badak, pada 11 Jun. Penyelidik Fakulti Informatik […]

TH tangguh semua urusan berkaitan operasi haji

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M akan ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, tindakan itu diambil selaras dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri […]

Tiada niat menidakkan hak beribadah warga asing

PUTRAJAYA – Tiada sekelumit niat dalam hati kerajaan Malaysia untuk menidakkan hak bukan warganegara untuk beribadah bersama-sama di rumah Allah SWT. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, buktinya selama ini sebelum adanya wabak koronavirus (Covid-19), bukan warganegara bebas untuk beribadah di mana-mana masjid, surau Jumaat […]

Institusikan Mekanisme Diyat

HIDUP Ali yang bekerja sebagai despatch semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang sukar. Jika dalam keadaan normal, gaji bersih yang dibawa pulang pada setiap hujung bulan ialah kira-kira RM1,500. Bagaimanapun kerana ketiadaan pekerjaan’ semasa PKP, pendapatannya menurun kepada hanya RM500 sahaja sebulan itupun atas ihsan majikannya sebagai bantuan sara hidup. Jumlah itu memang tak cukup […]

Ibadah Haji tahun ini ditangguh

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini (11 Jun) memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa […]

Solat Jumaat jemaah dibenar dengan kapasiti 1/3 di Wilayah Persekutuan

PETALING JAYA – Putrajaya hari ini (11 Jun) bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan berjemaah dengan kapasiti 1/3 di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula 12 Jun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau sendiri sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong […]

Perlis benar warga asing solat jemaah di masjid

KANGAR – Perlis memberi kelonggaran kepada warga asing berstatus pemastautin dalam kariah untuk bersolat jemaah di masjid. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan, berkata kebenaran itu tertakluk mengikut syarat tertentu, selain pelaksanaannya juga berkuota atau ada had. “Warga asing terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sebelum ini dan jemaah istiqamah […]

Mahkamah syariah beroperasi sepenuhnya, mulai 10 Jun

KUALA LUMPUR – Semua Mahkamah Syariah di seluruh negara beroperasi semula sepenuhnya semalam (10 Jun), kata Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 8 Jun lalu. Mohd Na’im berkata, pihaknya […]

Biar pengurusan masjid tentukan: Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM – Kebenaran solat Jumaat kepada warga asing wajar diserahkan kepada pihak pengurusan surau dan masjid mengikut negeri untuk membuat pertimbangan. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagi Pulau Pinang pihaknya tiada halangan menyerahkan kepada pengurusan masjid khususnya bagi beberapa kawasan yang dimonopoli warga asing. Bagaimanapun menurutnya, ia […]