YADIM Terengganu sasar santuni 1000 nelayan

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menyasarkan untuk menyantuni seramai 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19. Pengarahnya, Mahadi Awang berkata usaha tersebut akan diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan persatuan nelayan yang dikenalpasti. “Inisiatif ini kerana mereka merupakan salah satu kluster yang terjejas teruk […]

Kedah benar solat Jumaat, fardu berjemaah mulai Jumaat ini

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di Kedah bermula Jumaat ini. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, bilangan minimum jemaah adalah sekurang-kurangnya 40 orang dan maksimum 60 orang bagi solat Jumaat sementara maksimum 40 jemaah dibenarkan untuk […]

Dua bulan belanja RM190 juta bantu golongan miskin

KUALA LUMPUR – Kerajaan dibawah Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membelanjakan lebih RM190 juta dalam tempoh dua bulan ini untuk membantu golongan miskin meneruskan kehidupan dalam saat genting berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bantuan itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar […]

Keputusan buka semula tahfiz diumum tidak lama lagi

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk membenarkan semula operasi institusi dan maahad tahfiz akan dimaklumkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) dalam masa terdekat. Satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan pejabat JPM (Hal Ehwal Agama) sama ada sebelum atau selepas 24 Jun ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata permohonan yang […]

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid-19 Siri 2

PUTRAJAYA – Seramai 300 penerima telah menerima manfaat menerusi program Ziarah Sinar Syawal Covid-19 Siri 2 yang berlangsung pada 20 Mei hingga 6 Jun lalu. Kesemuanya merupakan mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ini. Sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban mereka sempena sambutan Syawal. Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Bahagian […]

Solat hajat untuk Palestin di Wilayah Persekutuan dari 15 hingga 21 Jun

KUALA LUMPUR – Solat sunat hajat, doa selamat dan bacaan ‘Qunut Nazilah’ akan dilaksanakan di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Zon Hijau seluruh Wilayah Persekutuan selepas solat Maghrib bermula dari 15 hingga 21 Jun serta selepas solat Jumaat pada 19 Jun. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, sebagai […]

SAR Selangor ziarahi Pengerusi SAR Batu 16 Rawang yang uzur

RAWANG – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor pada 13 Jun telah melaksanakan ziarah kasih kepada Pengerusi SAR Batu 16 Rawang di sini, Zaleha Said yang kini uzur. Zaleha yang dahulunya bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti kesukarelawanan kini difahamkan tidak mampu berbuat demikian akibat kerap terpaksa berulang alik ke hospital. SAR Selangor yang diwakili Pengerusinya, […]

Hati-hati dengan tawaran haji guna visa furada!

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak yang menawar untuk menunaikan haji menggunakan visa diurus sendiri. TH dalam satu kenyataan hari ini (14 Jun) menegaskan bahawa kerajaan menangguhkan ibadat haji rakyat Malaysia tahun ini melibatkan semua bakal haji termasuk yang bercadang menggunakan […]

Polis tidak pantau rumah ke rumah semasa sambutan Aidiladha

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pada sambutan Aidiladha kelak, polis tidak lagi akan pergi rumah ke rumah untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ziarah-menziarahi sempena perayaan itu. Beliau berkata, orang ramai perlu mengawal diri sendiri, keluarga dan masyarakat bagi menjamin keselamatan semua pihak daripada jangkitan wabak Covid-19. […]

SAR Sungai Petani, MRA bantu asnaf Kampung Simpor Besar

SUNGAI PETANI – Sering turun padang dan melibatkan diri dengan pelbagai program bersama badan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi kunci kepada hubungan baik pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan pelbagai pihak di negeri ini. Kerjasama terbaharu mereka ialah dengan Malaysia Relief Agency (MRA) Kedah pada 12 Jun apabila keduanya […]