Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut tidak ketinggalan dalam usaha menyantuni golongan yang menerima kesan akibat Covid-19 di negeri ini. Program penyaluran bantuan tetap dilaksanakan mereka, walaupun kini negara sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Bertempat di sekitar bandar ini pada 17 Jun lalu, YADIM Perlis dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al […]

Laman sesawang rasmi wadah pemerkasaan syiar Islam

SHAH ALAM – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan laman sesawang pertama di negara ini yang membolehkan orang ramai mengakses segala maklumat berkaitan kementerian tersebut. Menterinya, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, laman sesawang https://www.mira.gov.my adalah inisiatif pihaknya untuk tampil sebagai wadah pemerkasaan syiar Islam di peringkat Persekutuan. “Menyedari keperluan untuk JPM (Hal Ehwal […]

Akad nikah secara fizikal di Selangor mulai Isnin

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dilakukan secara fizikal di negeri itu berkuat kuasa Isnin depan (22 Jun) dengan syarat-syarat tertentu. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, majlis akad nikah itu hanya boleh diadakan di masjid atau di pejabat agama Islam daerah dalam kes tertentu yang […]

Selangor naikkan jumlah jemaah, korban hanya di masjid

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan penambahan bilangan jemaah untuk solat Jumaat dan fardu di masjid seluruh negeri itu bermula esok (19 Jun). Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan hari ini berkata, baginda berkenan membenarkan 250 orang berbanding 40 jemaah menghadiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]

Solat jemaah, Jumaat dan aktiviti keagamaan dibenarkan di Kelantan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat jemaah lima waktu, solat Jumaat dan aktiviti masjid serta surau dilaksanakan seperti biasa di negeri ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa. Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohammad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa […]

Musaádah Covid-19 diteruskan di Kemaman

KEMAMAN – Inisiatif membantu masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan di tiga kampung di sini pada 17 Jun. Program tersebut memberi manfaat kepada 100 keluarga di Kampung Geliga, Kampung Geliga Baru dan Kampung Kuala Kemaman. Para peserta menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Majoriti penerima adalah penduduk kampung yang […]

Kerajaan lancar MYHaus, Ogos ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melancarkan program MYHaus, bagi membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, program yang akan dilancarkan Ogos depan itu, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar. Katanya, menerusi program berkenaan ia akan […]

‘Jemput kita imarahkan semula masjid’

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri rasa gusar terhadap jumlah jemaah khususnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Wilayah Persekutuan Putrajaya yang kurang memberangsangkan. ⁣⁣ Beliau berkongsi perkara itu di akaun Twitter rasminya hari ini (17 Jun). Katanya, masjid serta surau […]

Sektor kewangan Islam cecah RM3 trilion tahun ini

KUALA LUMPUR – Sektor kewangan Islam negara dijangka mengekalkan pertumbuhan dua digit hingga mencecah hampir RM3 trilion pada tahun 2020 di bawah Pelan Induk Pasaran Modal kedua, menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar. Pengerusi Bursa Malaysia Bhd itu berkata, industri dana Islam negara telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Sehingga Mac tahun ini, dana Syariah bernilai […]

Wawasan-Mawar YADIM santuni ibu tunggal

SUNGAI BESI – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia (Wawasan) pada 17 Jun telah menyantuni seramai 30 wanita sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu telah memberi manfaat kepada wanita yang menjadi ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal […]