Daie YADIM sabah dipohon terus dekati masyarakat

KOTA KINABALU – Pegawai Dakwah ( Daie ) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) di seluruh Sabah digesa meneruskan komitmen mendekati dan mendidik masyarakat untuk terus memahami serta mengamalkan Islam yang syumul. “Mereka perlu meyakini bahawa tugas sebagai pendakwah satu tugas yang mulia mewarisi kerja para rasul dan Nabi. “Anda adalah insan terpilih dan […]

Solat fardu berjemaah, ceramah di Pulau Pinang dibenarkan

GEORGE TOWN – Bilangan jemaah solat fardu, solat jenazah bukan pesakit Covid-19, kuliah dan ceramah di Pulau Pinang yang dibenarkan mulai 24 Jun perlu mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau. Ia juga dilaksanakan dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter dan lain-lain syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengikut kemampuan pihak pengurusan […]

Perak benar solat sunat Aidiladha

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan secara berjemaah di masjid dan surau, 31 Julai ini selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata, jumlah jemaah yang dibenarkan berdasarkan had kapasiti keluasan ruang […]

Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Seramai 50 individu dari kalangan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 di santuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Prihatin yang diadakan pada 23 Jun. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin mewakili YADIM dalam program ini, menyerahkan sumbangan beras dan barangan keperluan harian […]

Tukar wajah guna FaceApp menyalahi etika kemanusiaan

KUALA LUMPUR – Penggunaan aplikasi menukar wajah, FaceApp disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan walaupun ia sekadar gambar untuk tujuan keseronokan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan itu tidak patut dilakukan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri mampu menjatuhkan maruah dan menjurus kepada keadaan yang tidak baik. “Allah […]

Malaysia kekal tidak hantar jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia kekal dengan keputusannya untuk tidak menghantar jemaah haji menunaikan ibadat haji tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, keputusan itu dibuat pihaknya setelah mengambil kira pelbagai pandangan berikutan pandemik koronavirus “Semalam Menteri Agama Arab Saudi ada menghubungi saya. Kami berbincang […]

Masjid di Singapura sambung semula solat Jumaat, jemaah bermula 26 Jun

SINGAPURA – Masjid di Singapura akan menyambung semula solat Jumaat dan solat berjemaah setiap hari mulai 26 Jun, dengan maksimum 50 jemaah setiap sesi di setiap masjid. Dalam laman webnya, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memaklumkan pihaknya akan terus mengambil pendekatan berhati-hati untuk memastikan masjid kekal selamat dan mematuhi sepenuhnya garis panduan nasional. Menurut MUIS, […]

Johor benar tambah bilangan jemaah solat Jumaat

JOHOR BAHRU – Johor membenarkan penambahan bilangan jemaah solat Jumaat di masjid dan surau kepada satu per tiga daripada kapasiti penuh berbanding 40 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa Jumaat ini (26 Jun).  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, solat Jumaat dan solat berjemaah […]

Arab Saudi hadkan jemaah haji

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan ibadah haji akan diadakan secara terhad berikutan bimbang ia boleh menjadi faktor terbesar kepada penyebaran pandemik COVID-19 apabila ramai jemaah bersesak-sesak nanti. Namun begitu, kerajaan Arab Saudi setakat ini masih belum menentukan jumlah jemaah haji, yang pada tahun lalu dihadiri kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah […]

Jakim pantau perbuatan hina Islam, nabi

LABUAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memantau sebarang kiriman dalam talian yang didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terdapat beberapa kes berkaitan kiriman dalam pelbagai platform media sosial yang dihadapkan ke muka pengadilan dan ia menunjukkan keseriusan Jakim […]