Hina Islam, penyelia kilang didenda RM6,000

KUALA LUMPUR – Akibat menghantar komunikasi jelik dan menghina agama Islam menerusi akaun Facebook, seorang penyelia kilang perabot didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini (29 Jun). Koh Teen Ern, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim MM […]

Mentor Mentee keagamaan AADK – YADIM Kedah

KUALA MUDA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bagi penganjuran sebuah program keagamaan untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) di sini pada 28 Jun. Seramai 18 OKP dari sekitar daerah ini telah terlibat dengan program berkenaan yang diadakan di Surau AADK Kuala Muda di sini. Ceramah […]

100 keluarga mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor

PARIT SULONG – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menyantuni seramai 100 keluarga mangsa bencana terbabit pada 28 Jun. Dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Parit Sulong, YADIM Johor menyampaikan bungkusan makanan kering kepada keluarga mangsa yang terbabit. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong merangkap […]

98 asnaf,orang Asli terima manfaat Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Seramai 98 keluarga asnaf dan Orang Asli menerima manfaat daripada program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berakhir pada 28 Jun. Program dengan konsep jelajah itu menyantuni dua golongan tersebut yang sebelum ini terkesan dengan Covid-19 yang melanda negara. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan yang menganjurkan program tersebut, […]

Pulau Pinang tunggu panduan Jawatankuasa Fatwa

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang menunggu panduan solat Jumaat dua sesi daripada Jawatankuasa Fatwa selepas keputusan untuk menguatkuasakannya dimuktamadkan. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata keputusan untuk menguatkuasakan solat Jumaat dua sesi itu akan dimaklumkan mufti selepas perbincangan antara Jawatankuasa Fatwa diadakan. “Buat masa ini mufti belum putuskan apa-apa […]

100 keluarga di Timur Laut disantuni YADIM

PULAU PINANG – Seramai 100 keluarga di tiga kampung di daerah Timur Laut di sini disantuni dalam Program YADIM Peduli pada 27 Jun. Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 menerusi penyampaian barangan keperluan harian. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang itu turut menyantuni 10 keluarga masyarakat Tionghua yang […]

Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Seluruh Negeri Sembilan dijelajahi dalam program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan itu mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah SAR Kelab Sains dan Inovasi Port Dickson (KSIPD), Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Sembilan dan sebuah […]

Perkongsian pengalaman lapangan bersama Uncle Kentang

PUCHONG – Sesuai dengan hasratmelahirkan pendakwah yang mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat,  Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) didedahkan kepada situasi sebenar dakwah di lapangan. Bertempat di perkarangan Restoran Maju  Utama di sini pada 27 Jun, bermula 10 pagi , seramai 21 pelatih DMY yang turut di sertai 3 penyelaras DMY 2020 telah […]

SAR Selangor Ziarah Kasih ke Bagan Lalang

SEPANG – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor kekal aktif melakukan program Ziarah Kasih mereka bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Pada 27 Jun, mereka telah turun padang ke Kampung Orang Asli Bagan Lalang di sini menyantuni dua orang muallaf dan dua penduduk kampung berkenaan. Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan […]

21 DMY tamatkan kursus Tekno Daie di MMU

CYBERJAYA – Seramai 21 pelatih Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) telah menamatkan kursus Tekno Daie selama lima hari di Universiti Multimedia (MMU) di sini. Kursus bertujuan melahirkan pendakwah muda yang mahir menerbitkan video itu dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama MMU dan TV Al Hijrah bermula 22 Jun. Dalam majlis penutupan […]