Kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah pada 1 Julai telah berkunjung ke ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Dalam pertemuan santai selama hampir sejam dengan pengurusan YADIM itu, beliau berkongsi pandangan dan rancangan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu. Turut dibincangkan dalam pertemuan ini termasuklah pembaharuan yang […]

Semua surau, masjid di Selangor dibenarkan solat Jumaat, fardu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan semua masjid dan surau yang diberi kebenaran menganjurkan solat Jumaat mendirikan solat itu berkuat kuasa 3 Julai ini. Semua masjid dan surau juga dibenarkan dibuka semula untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, […]

Latih remaja mengimarahkan masjid

PUTRAJAYA – Bagi mengisi masa terluang sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Masjid Mahmoodiah Putrajaya mengambil inisiatif mengadakan program Jom Solat Subuh Berjemaah kepada remaja berusia 13 hingga 17 tahun selama seminggu bermula 29 Jun. Ia program serampang dua mata pengurusan masjid mengajak remaja sekitar Presint 18 bersolat jemaah dan mengadakan aktiviti berfaedah bermula […]

Musa’adah Covid 19 untuk 50 keluarga Felcra Teratak Batu

PASIR PUTEH – Penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang sawit tidak dinafikan ialah antara yang turut menerima kesan teruk akibat Covid-19. Justeru bagi meringankan beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Jun telah menyantuni sejumlah 50 keluarga daripada kedua golongan ini di Kampung Felcra Teratak Batu, di sini. Acara ringkas […]

Jawi benarkan solat jemaah dan jumat di pekarangan masjid dan surau bermula 3 Julai

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan semua majid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan memperluaskan had kapasiti 1/3 jemaah ke luar dewan solat utama seperti pekarangan masjid atau surau dan sebagainya bermula Jumaat ini (3 Julai) . Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata keputusan itu susulan kebenaran solat di […]

Musaadah Covid-19 di Perak

GUNUNG SEMANGGOL – Perak merupakan destinasi terkini program menyantuni golongan terkesan dengan musibah Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah Gunung Semanggol di sini serta Masjid Istiqlal Taman Mewah, Kamunting, seramai 200 individu dari kalangan keluarga dikenalpasti memerlukan,  disantuni Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik (BPNRS) YADIM pada hari pertama Program […]

Sistem pungutan, agihan zakat bersistematik tingkatkan integriti

ALOR SETAR – Kaedah pungutan dan agihan zakat bersistematik yang dilaksanakan oleh institusi zakat di negara ini boleh meningkatkan lagi integriti dalam pengurusan dana bagi membantu golongan yang memerlukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sistem sedemikian juga akan membantu pihak zakat menyelaras dan menstruktur maklumat […]

YADIM Sabah tinjau mangsa banjir, atur bantuan segera

KOTA BELUD – Banjir di Sabah yang semakin buruk menyebabkan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan bertambah. Justeru, YADIM Sabah melaksanakan tinjauan keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan di sini dan di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum bertindak mengatur persiapan untuk menyantuni mangsa bencana itu. Pengarah YADIM Sabah,Samin Ongki yang melakukan tinjauan pada […]

MERSY RSY di Kelantan

KUALA KRAI – Selepas Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis, program Musa’adah Hal Ehwal Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY) diadakan di negeri ini pula. Seramai 12 pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Kelantan, diketuai Ziyad Che Azhary pada 28 Jun telah menyampaikan bantuan kepada 10 ahli RSY dari kalangan keluarga asnaf dan B40. […]

Ziarah mangsa kebakaran di Sering, Pengkalan Chepa.

SERING – Pada 11 Jun lalu sekitar jam 7.40 malam, sebuah kediaman di Kampung Senang di sini musnah terbakar, dipercayai akibat litar pintas. Kejadian malang itu mengakibatkan Wan Mohd Daud Wan Sulong dan sembilan lagi ahli keluarganya kini terpaksa tinggal berhimpit di dapur kediamannya, memandangkan hanya itu sahaja bahagian rumahnya yang tidak musnah dalam kejadian […]