Program Kembara Musa’adah YADIM dan Belia 4B Melaka.

JASIN – Golongan muda sentiasa dilibatkan dalam program program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Terbaharu pada 13 Disember, telah dianjurkan Program Kembara Musa’adah YADIM & Belia 4B Melaka yang menjelajah seluruh negeri ini. Sebanyak 20 motosikal berkuasa tinggi serta 10 kenderaan pacuan empat roda terlibat. Selain YADIM, program ini dianjurkan bersama oleh kerajaan Negeri […]

Bantuan banjir untuk Kampung Belakang Taman Sang Kancil

KULIM – Bertindak atas makluman rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 13 December telah melaksanakan misi bantuan banjir di sini. Sejumlah 35 keluarga dari Kampung Belakang Taman Sang Kancil menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, […]

Jakim atur pertemuan harmonikan imej institusi dakwah

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil kumpulan pendakwah selebriti penghujung bulan ini bagi menyampaikan mesej kerajaan ke arah mengharmonikan institusi dakwah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary berkata, pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas serta berbincang bagaimana memelihara imej agama Islam. “Kita di […]

YADIM Peduli di Pulau Tongkang dan Pulau Suri

TUMPAT – Seramai 100 keluarga nelayan di dua pulau di sini menerima barangan keperluan harian sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 12 Disember. Program di Pulau Tongkang dan Pulau Suri di sini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Marzuk Shaary. Program ini dianjurkan […]

Kerjasama YADIM Negeri Sembilan dan rakan strategik santuni asnaf Jelebu, Johol

SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan kerjasama membantu golongan yang memerlukan di negeri  ini menerusi program khidmat baktinya. Pada 11 Disember, sebanyak lima kediaman asnaf menerima sumbangan YADIM dengan kerjasama rakan strategik, badan bukan kerajaan Rantaian Kasih Malaysia. Hadir menyampaikan bantuan dalam program di sekitar Jalan Jelebu – Seremban ini ialah […]

Isu label tidak halal pada produk kacang tular kembali

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan isu label tidak halal pada produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn. Bhd. dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini adalah tular berulang. Bahagian Hab Halal, Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya mendapati isu itu mula tular minggu ini sekali gus mengundang keresahan dan […]

Jumlah jemaah Solat Jumaat ikut kapasiti masjid, solat fardu 1/3 dewan solat

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan ketetapan baharu pelaksanaan solat Jumaat dan solat lima waktu serta penganjuran aktiviti keagamaan di masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan di zon hijau, kuning, jingga dan merah. Menurut Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, ketetapan baharu itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi kawasan […]

Fatwa vaksin COVID-19: Kerajaan masih tunggu perkenan Agong

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung fatwa penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin COVID-19 itu […]

Dr Zulkifli lancar Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 10 Disember telah melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di ibu pejabat badan dakwah tersebut di sini. Bilik gerakan tersebut kelak akan berfungsi menyelaras urusan bantuan bencana banjir di seluruh negara yang akan dilaksanakan […]

30 pek sumbangan untuk OKU sekitar Seremban

SEREMBAN – Kebajikan komuniti Orang Kelainan Upaya di bandaraya ini terus tidak dilupakan. Pada 9 Disember, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama rakan strategiknya, Pertubuhan Bukan Kerajaan Rantaian Kasih telah menyambpaikan sumbangan kepada 30 orang OKU di sekitar bandaraya ini. Pengerusi Rantaian Kasih, Haji Rahim Yusof hadir ke majlis ini dan menyampaikan […]