Dr Zulkifli puji usaha Yadim jaga integriti Islam ketika penularan COVID-19

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menjaga integriti Islam ketika penularan Covid-19 menerusi penganjuran Program Cuci-cuci Masjid Pasca Covid-19 dan Musa’adah Covid-19. Menurutnya usaha yang diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sosial dan kebajikan itu menepati sebahagian hukum yang diperintah oleh […]

Polis akan panggil Al Jazeera

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawannya dalam tempoh terdekat untuk disoal siasat berhubung dokumentari yang diterbitkan media antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan itu diambil susulan beberapa laporan polis yang […]

Warga asing dibenarkan solat jemaah, solat Jumaat selepas keadaan stabil

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memastikan beberapa langkah diambil bagi mengawal penularan COVID-19 di masjid dilaksanakan sepenuhnya, sebelum membenarkan warga asing menunaikan solat Jumaat di rumah ibadat itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata sebagai permulaan, pihaknya perlu memastikan setiap warga tempatan beragama Islam mempunyai peluang […]

Kerajaan akan wujud garis panduan pelaksanaan badal haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan garis panduan khas berhubung pelaksanaan badal haji atau upah haji bagi memastikan tiada sebarang unsur penipuan dan keraguan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pihak Tabung Haji untuk menyelaraskan harga, prosedur dan proses pelaksanaan ibadat […]

Menteri di JPM rasmi Cuci Cuci Masjid Pasca Covid-19

DESA PETALING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 7 Jun telah merasmikan program Cuci Cuci Masjid Pasca Covid-19 & Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program anjuran Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM itu diadakan di Masjid Al Khasyi’in di sini, dengan kerjasama Jabatan […]

Waspada penipuan khidmat badal haji

KUALA LUMPUR – Tawaran perkhidmatan badal haji pada tahun ini oleh pihak tertentu bukan sahaja meragukan, bahkan disifatkan sebagai cubaan menipu. Sehubungan itu, umat Islam di negara ini diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian. Penularan pandemik COVID-19 menyebabkan pihak berkuasa Arab Saudi begitu berhati-hati dan dilaporkan mungkin hanya akan membenarkan antara […]

Korban wagyu RM30,000 bukan isu

KUALA LUMPUR – Pakej korban lembu wagyu yang mencecah RM30,000 bagi satu bahagian dibenarkan dalam ibadah korban sempena perayaan Aidiladha. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sekiranya individu itu berkemampuan tidak menjadi masalah. Malah katanya, Islam amat menggalakkan penggunaan haiwan terbaik dan sihat untuk melakukan ibadah […]

Solat Jumaat hanya satu sesi

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hanya satu sesi solat Jumaat diadakan, sekali gus bertepatan dengan mazhab Shafie dan suasana negara ketika ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata berikutan itu, jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat dalam […]

Rindu Yang Terindah

HATI Aqeel meronta-ronta – tidak sabar untuk melihat kaabah secara ‘live’ di depan mata, selama ini gambar arah kiblat umat Islam seluruh dunia itu sekadar mampu dijadikan wall paper telefon bimbit dan laptopnya sahaja. Siang dan malam dia berdoa supaya terpilih secara eksklusif menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah doanya seakan dimakbulkan apabila segala perancangan berjalan lancar. […]

234 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi selamat tiba

KUALA LUMPUR – Seramai 234 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.51 tengah hari semalam (3 Julai). Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, berkata semua mereka berangkat pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh jam 11.47 malam waktu tempatan […]