Perlis benar jemaah bawah umur 18 tahun di masjid

ARAU – Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah di semua masjid di negeri itu, berkuat kuasa serta-merta. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak COVID-19. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) […]

JAWI, MAIWP disyor hantar mualaf berkelayakan belajar ke universiti Timur Tengah

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), disyorkan supaya turut menghantar peserta Kelas Pengajian Mualaf yang berkelayakan, ke universiti-universiti Islam di Timur Tengah terutama Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebagai contoh, […]

MyMusaadah Covid-19 YADIM di Penampang

PENAMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 15 Julai telah mengadakan program menyantuni mangsa banjir di dua perkampungan di daerah ini. Program MyMusa’adah Covid-19 YADIM Sabah itu telah memberi manfaat kepada 50 mangsa banjir di Kampung Dambai dan Kampung Pogun di sini. Pengarah YADIM Sabah,Samin Ongki telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada […]

Pilih Mentor Terbaik

NORMA baharu pasca pandemik Covid-19 bukan ‘kaleng-kaleng’. Sesiapa sahaja perlu berubah mengikut acuan normal baharu jika enggan ketinggalan. Generasi Z atau Zoomers yang lahir antara 1995 – 2010 adalah ‘main player’ dalam era ini yang cukup akrab dengan tekonologi dan gajet canggih, sekali gus perlu memaksimumkan kelebihan yang dimiliki itu. Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki […]

189 jemaah tabligh Malaysia terkandas di India dalam situasi kritikal, kata Menteri

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Hishammuddin Hussein berkata 189 jemaah tabligh yang masih terkandas di India kini dalam keadaan kritikal kerana ada yang ditahan atas dakwaan menyalahgunakan visa mereka bagi tujuan keagamaan. Katanya, daripada jumlah itu, 157 orang berada di New Delhi, Chennai (23) dan Mumbai (9). “Semua jemaah tabligh ini terkandas di India sejak […]

Jawatankuasa Khas JAWI tangani isu transgender

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menggunakan pendekatan menyeluruh untuk menangani isu transgender melalui Jawatankuasa Khas termasuk penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan. Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail, berkata pemerkasaan menerusi penubuhan jawatankuasa itu berpandukan undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa dengan mengutamakan pendekatan bimbingan dan tarbiah atau pendidikan. Beliau berkata, pihaknya […]

Kerajaan setuju kurangkan yuran di universiti awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran mahasiswa di universiti awam termasuk bayaran perkhidmatan dan aktiviti sehingga 15 peratus. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambilkira keupayaan kewangan kerajaan dan universiti berkenaan. Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dengan maklum balas yang diterima daripada pelajar, ibu […]

MyMusaadah Covid-19 YADIM di SK Daingin

PAPAR – Sekolah Kebangsaan Daingin di sini, merupakan antara yang terjejas dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini baru baru ini. Menurut Guru Besarnya, Asmah Salleh, kerja pembersihan sudah bermula dan blok bangunan kelas serta tandas sudah dibersihkan serta boleh digunakan. Difahamkan, pelbagai pihak berusaha membantu termasuk guru sekolah, Majlis Guru Besar, Persatuan Pengetua Papar, […]

Ziarah Kasih YADIM ke pedalaman atas Sabah

NABAWAN – Usaha menyantuni dan mendekati masyarakat Islam di pedalaman negeri ini sentiasa dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan silaturrahim sentiasa terjalin dan mereka tidak merasa dilupakan. Inisiatif terbaharu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah itu dilaksanakan pada 10 dan 11 Julai lalu ke Nabawan, Pengkalan Salong dan Pensiangan di sini. Perjalanan ke Nabawan, destinasi pertama […]

Boleh pasang khemah di masjid, surau untuk solat

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pemasangan khemah di pekarangan masjid dan surau bagi tujuan jemaah mendirikan solat, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, bagaimanapun kelonggaran itu hanya terhad dalam kawasan pagar masjid sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. “Bila kita benarkan kapasiti solat ikut saiz masjid dan […]