YADIM Peduli bersama Menteri di JPM di Chendering Ahad ini

PUTRAJAYA – Komited dengan rancangan untuk menyantuni 1,000 asnaf di kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu akan melaksanakan program Yadim Peduli Pasca Musa’adah Covid-19 Warga Nelayan Negeri Terengganu Ahad ini (19 Julai). Program yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al […]

Mangsa banjir Putatan terima sumbangan barangan keperluan harian

PUTATAN – Daerah ini merupakan salah satu kawasan yang turut dilanda banjir di negeri ini bulan lalu. Cakna dengan nasib mangsa, yang sememangnya sudah terbeban dengan musibah Covid-19 sebelum ini,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah tampil menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka menerusi program MyMusaadah Covid-19: YADIM Peduli Mangsa Banjir di Daerah Putatan pada 17 Julai. […]

Letak mahkamah syariah bawah Undang-Undang Tubuh Negeri

KUALA LUMPUR – Majlis Dakwah Negara (MDN) menyarankan agar penubuhan mahkamah syariah negeri diletakkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri masing-masing seperti mahkamah sivil. Jelas Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, penubuhan mahkamah syariah melalui enakmen negeri akan mewujudkan ketidakseimbangan antara kedua-dua mahkamah. “Buat masa ini, semua negeri selain Terengganu menubuhkan mahkamah syariah melalui […]

Lelaki dipenjara 26 bulan hina Islam, Nabi

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas 2 pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook tahun lepas. Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan 6 bulan untuk pertuduhan ke-2 ke atas Danny Antoni, 29, […]

Perak muncul negeri pertama wujudkan Mahkamah Utama Syariah

IPOH – Perak muncul negeri pertama mewujudkan Mahkamah Utama Syariah (MUS) yang memberi peluang kedua kepada pihak bertikai untuk mengemukakan rayuan. Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor, berkata sebelum ini kes bermula pada peringkat Mahkamah Tinggi Syariah seperti tuntutan harta sepencarian dan hadanah (hak jagaan anak), hanya ada sekali hak […]

Nurflix.TV tayang karya Islamik percuma selama tiga bulan

KUALA LUMPUR – Sebagai usaha memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri, penstriman televisyen dalam talian, Nurflix.TV diperkenalkan bagi menawarkan kandungan digital baharu, segar dan selamat ditonton oleh semua golongan masyarakat berlandaskan adab serta akhlak Islam. Diasaskan Syah Mohamed yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, platform berkenaan diwujudkan bukan bersaing dengan platform penstriman sedia ada seperti […]

Ziarah Kasih SAR Selangor ke Klang dan Kuala Langat

SUNGAI KANDIS – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor baru baru ini meneruskan Program Khidmat Bakti: Ziarah Kasih dan Sumbangan ke daerah Klang dan Kuala Langat. Program dimulakan dengan beriadah dan aktiviti senaman di Taman Tasik Rimbayu, Telok Panglima Garang sebelum kumpulan ini bergerak ke lima buah rumah yang telah dikenalpasti di sekitar kawasan ini, […]

120 keluarga nelayan PNK Kuala Terengganu Utara disantuni YADIM Terengganu

SEBERANG TAKIR – Warga nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Utara di sini, menjadi kumpulan terkini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19. Dalam satu majlis ringkas di pejabat PNK Kuala Terengganu Utara di sini pada 16 Julai, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, […]

Projek rintis serap jawatan guru KAFA dipinda tahun depan

KUALA LUMPUR – Inisiatif pelaksanaan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini terpaksa dipinda pada tahun seterusnya susulan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, inisiatif diusahakan kerajaan terdahulu itu sedang giat […]

Nasrudin terajui Yadim, Mohd Redza Shah pula Pengerusi YaPEIM

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu. Beliau menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan itu berkuat kuasa semalam. Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid pula dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan […]