Pasang khemah tambahan atasi solat Jumaat dua sesi

KUALA TERENGGANU – Keputusan kerajaan membenarkan khemah dipasang di perkarangan masjid bukan saja membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat, tetapi dapat menyelesaikan isu solat dua sesi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kebenaran itu terpakai jika dewan utama dan ruang sekitar masjid tidak mampu menampung […]

MAIWP salur bantuan kecemasan RM2,000 kepada mangsa kebakaran

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000, kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Taman Batu Muda, di sini. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee berkata, Kit Musibah yang mengandungi barangan keperluan diri seperti barangan mandi, pakaian dan telekung, serta bantuan makanan turut disalurkan kepada keluarga […]

Musa’adah RSY B40 di Kedah

BUKIT BESAR – Negeri Kedah merupakan lokasi terkini programMusa’adah RSY B40. Seramai 15 ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) dari kalangan B40 disantuni dalam program pada 18 Julai itu. Program ini bertujuan membantu meringankan beban ahli RSY di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19. Antara kawasan yang terlibat adalah Bukit Besar, Guar […]

Menteri di JPM rasmi program Pasca Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu

CHENDERING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 19 Julai telah merasmikan Program YADIM Peduli : Pasca Musa’adah Covid-19 Warga Nelayan Negeri Terengganu di  Pelabuhan LKIM Chendering di sini. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu ini diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) […]

Jom Lepak Masjid sasar tarik golongan muda

TAMBUNAN – Sebagai salah satu usaha menarik golongan belia ke masjid, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah Daerah Tambunan, Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah serta Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Tambunan telah melaksanakan program Jom Lepak Masjid di daerah ini. Pegawai Dakwah YADIM Daerah Tambunan, Safwan Jalal […]

Cuci Cuci Pasca Covid-19 di Madrasah Darul Ulum

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 19 Julai telah mengadakan program Cuci Cuci Pasca Covid-19 & Musa’adah Covid-19 di Madrasah Darul Ulum di sini. Bermula jam 9 pagi, kakitangan YADIM Kelantan dan pihak madrasah telah sama sama membersihkan tandas, surau, pondok pengajian dan kawasan sekitar madrasah ini. Pengisian lain program termasuklah […]

Johor bincang tindakan dan tarbiyah ke atas transgender

JOHOR BAHRU – Isu tindakan dan tarbiah transgender akan menjadi fokus Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam mesyuarat penuh badan itu pada 28 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata perbincangan itu nanti akan melibatkan majlis fatwa negeri, dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. “Kita akan cuba bawa fokus […]

Hukuman transgender ikut SOP,tiada diskriminasi

KUALA TERENGGANU – Tindakan yang diambil ke atas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan dibuat berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan undang-undang dengan mengambil kira kesan aktiviti songsang mereka kepada masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika aktiviti mereka memberi kesan buruk kepada […]

Elak Covid-19: Larangan ambil daging di masjid

MELAKA – Jabatan Mufti Melaka melarang mereka yang layak menerima daging korban mengambil daging di masjid atau rumah penyembelihan haiwan korban. Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan petugas penyembelihan dikehendaki menghantar daging ke rumah penerima sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu bagi mengelak penularan COVID-19. Sehubungan itu, pengagihan kupon kepada penerima daging korban […]

Sebahagian jemaah tabligh Malaysia terkandas di India selamat pulang

SEPANG – Pesawat membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.31 pagi tadi (18 Julai). Kesemua 96 termasuk 62 jemaah tabligh dibawa pulang dalam misi kemanusiaan menggunakan penerbangan sewaan khas Malindo Air, yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Seramai 34 individu lagi […]