Ziarah Kasih YADIM Perkeso Sabah di Kampung Bambangan

MEMBAKUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 22 Julai telah mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Bambangan di sini. Pengarah PERKESO Sabah,  Dr Md Ali Hindia telah menyampaikan taklimat mengenai kepentingan PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan ketika menjalankan tanggungjawab mereka di tempat kerja. Turut […]

Penerbitan Jurnal Dalam Talian YADIM

PUTRAJAYA – Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di bawah Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat membangunkan Jurnal Online YADIM. Pembangunan jurnal ini adalah untuk mengumpulkan cendekiawan dan menghasilkan serta menerbitkan penyelidikan dakwah di dalam pelbagai disiplin ilmu yang melibatkan agensi, institusi pengajian awam dan swasta. Bagi tujuan itu, satu mesyuarat jawatankuasa […]

Frontliners disantuni YADIM Pulau Pinang

SEBERANG PERAI UTARA – Sebagai menghargai sumbangan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan (frontliners) negara dalam menghadapi musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan program Terima Kasih Wira Negara. Dalam program pada 22 Julai ini, YADIM Pulau Pinang menyampaikan cenderamata kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara, IPD […]

Bengkel Khas Modul Daie Orang Asli Kali Ke 2

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sedang membangunkan sebuah modul yang apabila siap kelak, digunakan dalam Kursus Asas Daie Orang Asli badan dakwah ini. YADIM kini memilki dua kursus untuk digunakan ketika berdakwah kepada Orang Asli iaitu Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM dan Kursus Pengukuhan Daie Orang Asli YADIM. Badan dakwah ini juga memiliki […]

YADIM cari lebih ramai rakan strategik, komited santuni asnaf

KAPAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mencari dan mengalu-alukan badan korporat atau individu untuk tampil bekerjasama dengannya bagi membolehkan badan dakwah ini menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan di negara ini. Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan berkata, menerusi lebih banyak peruntukan, usaha membantu asnaf di seluruh negara akan dapat dijalankan dengan lebih […]

Luaskan Is’ad Al Usrah ke seluruh negara

KAPAR – Usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni golongan yang memerlukan menerusi program YADIM Peduli : Is’ad Al Usrah Dan Sumbangan Keluarga Asnaf amat dialu-alukan dan sewajarnya diteruskan ke seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata,sememangnya menjadi hasrat beliau untuk melihat […]

Pakai ‘facemask’ dengan betul

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengulangi gesaan supaya orang ramai memakai pelitup separuh muka atau ‘facemask’ dengan cara yang betul. Beliau berkata, pemakaian alat pelitup separuh muka merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelak penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. “Ia boleh digunakan sama ada […]

Program Musa’adah COVID19 RSY Sarawak dan Pulau Pinang

KUCHING – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) pada 19 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 bagi membantu ahli ahlinya yang terkesan dengan musibah Covid-19 di dua negeri secara serentak iaitu di Sarawak dan Pulau Pinang. Di Sarawak, dua lokasi program telah dipilih iaitu di bandar raya ini serta Samarahan melibatkan sumbangan kepada […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 31 Julai

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, […]

Putrajaya bakal jadi pusat penulisan, percetakan al-Quran

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat penulisan dan percetakan al-Quran. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa sama perkara lain yang turut akan dilaksanakan adalah ‘Perkampungan al-Quran’ serta membangunkan sebuah masjid yang diharap dapat diperluaskan lagi manfaat perkongsian menerusi ilmu Islam. “Kita ingin melihat bagaimana ilmu […]