YaPEIM rancang tambah cawangan Ar Rahnu

SHAH ALAM – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merancang menambah lebih banyak cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dan bergerak di seluruh negara bagi menampung peningkatan jumlah pelanggan, menjelang akhir tahun ini. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai 203 cawangan statik dan sembilan Ar Rahnu YaPEIM Akses (mudah alih) di […]

Fahami hijrah Rasulullah

PUTRAJAYA _ Umat Islam diminta memahami dengan jelas konteks penghijrahan  Rasulullah dari Madinah ke Makkah dan tidak sewenang-wenangnya menyamakannya dengan pelarian. Peringatan itu diberikan oleh beberapa tokoh agama melalui laman sosial masing-masing serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikutan ada pihak yang menyamakan penghijrahan Rasulullah dengan […]

Jelajah RRY Siri 3 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

KAJANG – Selepas Segamat dan Tangkak, Siri Jelajah Rakan Remaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RRY) diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di sini pada 28 Julai. Di sekolah ini, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh sendiri hadir bertemu dan menyampaikan pesanan serta motivasi buat ahli RRY. Beliau […]

SOP ibadah korban selari hukum syarak

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) untuk ibadah korban sempena Aidiladha yang ditetapkan kerajaan selari dengan hukum syarak dari segi keselamatan dan kesihatan dalam usaha membendung penularan COVID-19. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata SOP dari segi jumlah haiwan korban dan lokasi seperti ditetapkan itu bersesuaian dengan keadaan negara yang berdepan ancaman wabak […]

Perlis benarkan solat sunat Aidiladha

KANGAR – Perlis membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan di masjid di negeri ini namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) bertitah hanya masjid kariah dan ruang lapang yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam […]

Nabi Muhammad bukan melarikan diri

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT, dan bukannya melarikan diri ke Madinah. “Dalam kitab Fiqh Al-Sirah dikaryakan Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti yang mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW […]

Boleh balik kampung sambut Aidiladha

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19. “Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena […]

COVID-19: Masjid guna sangkar hidraulik untuk korban

KUALA LUMPUR – Pengurusan 10 masjid di Wilayah Persekutuan akan menggunakan sangkar hidraulik ketika melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, mulai Jumaat ini. Pendekatan bersandarkan hasil Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu dipilih, selari keperluan pengurusan masjid untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan penularan wabak COVID-19. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan […]

Musa’adah Covid-19 untuk pemandu kereta sewa di Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Julai telah menyantuni seramai 70 orang pemandu kereta sewa di negeri ini yang terkesan akibat penularan Covid-19. Mereka yang disantuni adalah pemandu kereta sewa dari bandar ini, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat menyampaikan sumbangan barangan […]

RSY Pahang santuni mahasiswa terjejas Covid-19

KUANTAN – Prihatin dengan nasib ahli ahlinya, Rakan Siswa YADIM (RSY) Pahang pada 25 Julai lalu telah menyantuni mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19. Diwakili oleh penyelaras RSY Pahang, Anis Razani dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Nurul Ashikin Zakaria, seramai  15 keluarga ahli RSY disantuni dalam program ringkas berkenaan. Mereka yang disantuni […]