YADIM Terengganu bantu mangsa banjir Hulu Besut

BESUT – Pasukan Gerakan Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan Undangan Negeri Hulu Besut pada 17 Disember menyantuni dan menziarahi mangsa-mangsa banjir di tiga perkampungan di sini. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Bukit Cina, Kampung Seri Masin dan Kampung Padang Pelindung. Menerusi program YADIM Peduli […]

Wakaf Air bantu sedia bekalan air alternatif di kawasan pedalaman

PUTRAJAYA – Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air Malaysia atau Wakaf Air yang dilancarkan pada 17 Disember sebagai sumber pembiayaan alternatif projek perkhidmatan air melalui instrumen wakaf, menerima hampir 30 permohonan untuk melaksanakan projek air di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Setakat ini Wakaf Air, insiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Yayasan Waqaf […]

Is’ad Al Usrah YADIM di Kampung Tanjung Dahan.

KUALA LINGGI – Bertempat di Kampung Tanjung Dahan di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan program Is’ad Al Usrah dan Musa’adah YADIM pada 19 dan 20 Disember ini. Program yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ini, akan menyantuni seorang nelayan di […]

KPT tubuh jawatankuasa perhalusi cadangan penubuhan Universiti Quran

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan penubuhan Universiti al-Quran. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, usul tersebut ada dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen semalam ketika penggulungan Belanjawan 2021. Ujarnya, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi membincangkan perkara berkenaan. “Saya dan pengurusan […]

Perbincangan Program Daurah Al Duat dan Penubuhan Sekretariat Dakwah Asia Tenggara

PUTRAJAYA – Perbincangan program Daurah Al Duat dan Penubuhan Sekretariat Dakwah Asia Tenggara telah diadakan pada 15 Diember 2020 di ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Perbincangan ini diadakan bagi merancang dan menjayakan program Daurah Al Duat yang akan dianjurkan oleh YADIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Al […]

Mangsa banjir Pekan Nenas terima sumbangan YADIM Johor

PONTIAN – Seramai 13 keluarga yang menjadi mangsa banjir di sini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 16 Disember. Kesemuanya yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya Pekan di sini menerima sumbangan kit kebersihan dan makanan. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah. Terdapat seramai 40 dewasa dan […]

14 kakitangan dihargai dalam Anugerah Khidmat Cemerlang

PUTRAJAYA – Seramai 14 kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diraikan dalam Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2019 (AKC) di sini pada 16 Disember. Pengiktirafan atas kerja keras dan kecemerlangan mereka itu disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan di ibu pejabat badan dakwah itu. Kesemua mereka menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 […]

Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pencetus idea hingga tertubuhnya Lembaga Tabung Haji (TH), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court, ibu negara pada pukul 4.30 petang tadi. Isteri beliau, Rohayah Ahmad Bahiran memaklumkan jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada […]

APNI 2020 ketengah tujuh tema dalam nasyid

KUALA LUMPUR – Tujuh tema berdasarkan nilai-nilai penting dalam Islam akan diketengahkan melalui Penganjuran Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata, tujuh tema yang diketengahan itu meliputi Ilmu; Hikmah; Adab; Adil; Taqwa, Benar dan Amanah. Katanya, pertandingan itu juga akan disertai masing-masing tujuh penerbit […]

Ibu tunggal mangsa Covid-19 dibantu YADIM Johor

LARKIN– Dengan wabak Covid-19 yang masih tersebar, semakin ramai individu yang menerima kesan akibat penyakit berkenaan. Ramai yang kehilangan pekerjaan akibat serangan wabak itu yang juga mengakibatkan sektor ekonomi merudum. Prihatin dengan situasi berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melancarkan program membantu mereka mereka yang terkesan itu. Terbaharu pada 14 Disember, YADIM Johor membantu salah […]