Fitnah program pemulihan LGBT, JAKIM buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 3 Ogos membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter Nicole Fong yang didakwa membuat tuduhan atau fitnah tidak berasas terhadap program Mukhayyam kendalian JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya, individu berkenaan telah menyamakan program Mukhayyam tersebut dengan […]

Qurban Jamaie bersama NGO Islam di Bahagian Miri dan Bahagian Sibu, Sarawak

MIRI – Selepas Saratok, program Qurban Jamaie anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diadakan di Miri pula, yang turut melibatkan rakan-rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam pada 1 Ogos 2020. Antara NGO berkenaan ialah Sukarelawan Ar-Rahmah Miri, Urusetia Saudara Kita Miri dan Bekenu, Yayasan Ikhlas, Biro Dakwah Masjid At-Taqwa Miri, Persatuan Melayu Miri, […]

Jangan terpengaruh dengan geng ‘bedal’ haji

DALAM penceritaan kisah-kisah zaman dahulu, perkataan ‘Sang’ merujuk kepada haiwan, contohnya Sang Bedal yang sinonim dengan buaya. Ia mungkin kerana cara haiwan yang berusia puluhan juta tahun itu membedal mangsa untuk melemahkannya sebelum secara rakus membahamnya. Dalam kalangan manusia pun sebenarnya ada yang berperangai seperti itu. Sekarang sudah kelihatan kelibat mereka, lengkap memakai uniform – […]

Sumbangan daging korban untuk 100 penduduk Kampung Baru.

KOTA BHARU – Mengambil ibrah dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam kehidupan dan misi dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan telah mengadakan program Yadim Peduli : Nahnu Ma’akum, Majlis Korban Dan Sumbangan Daging Korban dan Barangan Keperluan Asas kepada Golongan Asnaf, Fakir Dan Miskin. Diadakan dengan […]

Qurban Jama’ie Yadim di Saratok

SARATOK – Sebanyak 14 badan bukan kerajaan dan institusi Islam menyertai Majlis Ibadah Qurban Jama’ie Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan NGO Islam Daerah Saratok di Masjid Al-Muhtadin di sini pada 1 Ogos lalu. Mereka yang terlibat ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok,Hikmah Bahagian Betong, Urusetia Saudara Kita Saratok, Yayasan Ikhlas, Muslim Volunteer Malaysia,Sukarelawan Hikmah, […]

Aidiladha: Hayati, ambil iktibar pengorbanan Nabi – PM

KUALA LUMPUR –  Seluruh umat Islam perlu menghayati dan mengambil iktibar kisah serta sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anak baginda, Nabi Ismail AS. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut umat Islam seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar. “Bagi umat Islam di Malaysia, iktibar daripada […]

Merakyatkan YADIM

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan pertemuan dengan seramai mungkin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini untuk mengajak mereka bergerak bersama badan dakwah ini. Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan berkata ia adalah sebahagian daripada usahanya merakyatkan YADIM. “Kita akan mengumpulkan NGO NGO Islam seluruh negara dalam gerakan […]

Patuhi SOP, elak kluster ibadah – Zulkifli

KUALA NERUS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak wujudnya kluster ibadah berkaitan Aidiladha. Beliau berkata kerajaan tidak mahu berlakunya penularan COVID-19 disebabkan ketidakpatuhan rakyat terhadap SOP sepanjang Aidiladha, yang berisiko […]

Polis pantau masjid, surau dan pusat penyembelihan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid, surau dan kawasan penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam mulai esok. Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu termasuk pemantauan terhadap jumlah kehadiran di pusat penyembelihan yang dihadkan kepada 20 […]

Menteri di JPM, YADIM santuni 200 asnaf di Manir

KUALA TERENGGANU – Seramai 200 orang asnaf yang terkesan dengan penularan Covid-19 di Manir di sini, menerima sumbangan food basket mengandungi barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang telah merasmikan […]