Persekutuan, negeri perkasakan mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri berusaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah, dengan memperluas bidang kuasa institusi itu, selain menaik taraf sistem kehakiman dan menyemak semula kedudukan Hakim Mahkamah Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kerajaan juga sedang meneliti kewajaran untuk menubuhkan semula Jawatankuasa […]

Dakwaan polis tidak jaga solat keterlaluan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pemilik portal Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlaluan. Beliau juga berkata isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai. “Ini (solat) soal kita dengan Tuhan […]

Rabiulawal akan diangkat sebagai bulan dakwah

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Alhijrah akan menjalinkan kerjasama untuk memperhebat program-program dakwah dengan melancarkan ‘Bulan Dakwah’ sepanjang Rabiulawal akan datang. Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan berkata jalinan kerjasama antara YADIM dengan TV Alhijrah diharap akan dapat memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di negara ini. “Kita (YADIM dan […]

Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad

IPOH – Kerajaan sedia bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memperhalusi cadangan untuk memperketat kandungan yang dimuat naik di media sosial yang kini dilihat menjurus kepada pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam, khususnya dari golongan liberal dan murtad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri menegaskan pihaknya juga sedia […]

Kerjasama penyelidikan, pelawaan sertai sesi Ijtimak Pondok Malaysia

PUTRAJAYA – Persatuan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS) dijemput untuk turut serta dan bekerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan berkata, menerusi Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa badan dakwah ini, PMPS yang mewakili kira kira 250 pondok di seluruh Malaysia tentunya boleh menyumbang pengalaman dan […]

Sijil Audit Tanpa Teguran dua tahun berturut untuk YADIM

Putrajaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima pengiktirafan dan dianugerahkan Sijil Audit Tanpa Teguran selama dua tahun berturut-turut bagi Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 daripada Juruaudit Bertauliah, Zurin & Co. Sesi Pembentangan Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 telah disampaikan oleh Badrul ‘A’rifin Mohd Yasin selaku […]

Usaha perkasa tahfiz, pondok dipertingkatkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dari masa ke semasa berusaha memastikan institusi pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini sentiasa kekal berdaya saing. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata ia selari dengan aspirasi negara untuk memartabatkan institusi pendidikan Islam dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0. Katanya, bermula […]

Kerajaan akan putuskan penganjuran sambutan Maal Hijrah dalam masa terdekat

NILAI – Kerajaan akan membuat keputusan sama ada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020 dilaksanakan atau sebaliknya susulan masih terdapat penularan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan mengenai perkara itu kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan kelak. “Caranya mungkin kita hadkan peserta yang […]

Teroka peluang kerjasama dakwah dengan TV Al Hijrah

PUTRAJAYA – “Dakwah sememangnya tidak boleh terlepas daripada platform penyampaian dan penyiaran. “Kalau kita mempunyai medium penyiaran seperti TV Hijrah yang boleh dicapai lebih ramai masyarakat, maka ia lebih berkesan dan bermanfaat,” kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau berkata  demikian ketika ditemui selepas kunjung hormat TV Al […]

YADIM Pulau Pinang santuni asnaf Seberang Perai

SIMPANG AMPAT – Baru baru ini telah berlangsung program YADIM Peduli di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri ini turun padang menyantuni golongan sasaran yang terkesan dengan musibah Covid-19. Seramai 100 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan. […]