Pertandingan Mencipta Video Pendek, Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan

Pertandingan Mencipta Video Pendek Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan hasil inisiatif daripada Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan IPTA/IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Melalui pertandingan ini, YADIM ingin menyemarak sifat-sifat yang baik di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. `FASTABIQUL KHAIRAT, MENGEJAR KEBAIKAN’ dipilih sebagai tema kerana ia […]

Industri halal berpotensi besar diperkasa

KUALA LUMPUR – Industri halal kekal mempunyai potensi yang besar untuk diperkasakan dengan strategi terancang dan inklusif, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, eksport halal pada tahun lalu bernilai RM40.2 bilion atau 4.1 peratus bagi keseluruhan eksport negara yang berjumlah RM986.4 bilion. “Ini bermakna potensi industri halal […]

Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sesi 2020-2022

Pertamanya diucapkan syukur ke atas semua limpah kurniaNya hingga membolehkan kita mengadakan majlis hari ini. YADIM mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin atas pelantikan seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM. Terima kasih juga kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang […]

YADIM terima 11 ALPA yang baharu

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos telah menerima seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya (ALPA) yang baharu dalam satu majlis di sini. Watikah berkenaan yang berkuatkuasa hingga tahun 2022, disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Mendahului penerima ialah Yang […]

YADIM bakal anjur Program Ikon Cilik Yadim (ICY)

JOHOR BHARU – Sektor Latihan dan Perkaderan menerusi penyelarasan Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) bakal menganjurkan program Ikon Cilik YADIM (ICY) yang menyasarkan peserta kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun. Program ini bertujuan melahirkan pelapis rakan dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di peringkat sekolah rendah, yang selanjutnya dipupuk dan dilatih menjadi Rakan Remaja […]

Bicara Dakwah, Ziarah Prihatin Orang Asli Gua Musang

GUA MUSANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 14 dan 15 Ogos telah melaksanakan program Bicara dakwah dan Ziarah Prihatin kepada masyarakat Orang Asli di daerah ini. Selain tanggungjawab berdakwah, ia juga adalah untuk mengeratkan hubungan dengan kelompok tersebut bagi memastikan mereka tidak rasa terpinggir. Program bersama Orang Asli bermula di Kampung Poh […]

Ebit Liew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara

JOHOR BAHRU – Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020. Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini pada 16 Ogos. Beliau menyifatkan sumbangannya kepada […]

Musa’adah Covid-19 di Pulau Tuba

LANGKAWI – Umum mengenali Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan, namun Pulau Tuba yang terletak hampir dengannya kurang diberi pendedahan. Menyedari terdapat kewajipan melaksanakan tanggungjawab dakwah di pulau berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Ogos telah melaksanakan Program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19. Program ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Bestuba, yang beroperasi di […]

Bank Islam, KPWKM sedia platform pembayaran bantuan kebajikan secara digital

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama menyediakan platform pembayaran bantuan kebajikan secara digital kepada penerima bantuan di bawah KPWKM. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Mohd Muazzam Mohamed berkata platform itu akan menyediakan pembayaran secara sistematik dengan menggunakan kad debit di semua terminal peniaga. Katanya langkah […]

Sambutan Maal Hijrah dalam kebiasaan baharu 19 Ogos ini

KUALA LUMPUR – Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan berlangsung dalam majlis ringkas di Masjid Negara pada 19 Ogos ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata sambutan diadakan mengikut kebiasaan baharu dengan jumlah peserta dihadkan selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) […]