Kerajaan bercadang lantik Orang Asli jadi guru takmir

CAMERON HIGHLANDS, 6 Sept  — Kerajaan bercadang mewujudkan program khas bagi melantik guru takmir dalam kalangan masyarakat Orang Asli sebagai antara usaha meningkatkan syiar Islam dalam kalangan golongan itu.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata cadangan itu juga bertujuan memastikan setiap kawasan petempatan masyarakat Orang Asli […]

Mendaki Bukit Nosorob antara pengisian Ziarah Kasih di Ranau

RANAU – Seramai 60 peserta menyertai acara mendaki Bukit Nosorob di sini anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 6 September. Ia merupakan sebahagian daripada pengisian untuk program YADIM Peduli: Ziarah Kasih ke Kampung Karanaan di sini yang berlangsung sejak 4 September lalu hingga 6 September. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Pelanggan […]

Timbalan Menteri di JPM dan YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa

PENGKALAN CHEPA – Banduan di penjara merupakan individu yang diberi peluang kedua untuk mengubah kehidupan mereka. Ini menjadikan mereka sebagai antara golongan yang tidak sewajarnya diketepi atau dilupakan dalam gerak kerja dakwah. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa di sini pada setiap bulan sebagai usaha […]

Pencemar sungai di Selangor akan didakwa minggu depan

PETALING JAYA – Pihak yang terlibat menyebabkan pencemaran sungai di Selangor sekali gus mengakibatkan penduduk di Lembang Klang mengalami gangguan bekalan air akan didakwa minggu depan. Menteri Alam Sekitar dan Air, Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, individu terbabit akan diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan […]

Ziarah Kasih di Kampung Karanaan

RANAU – Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam dakwah. Menyahut seruan dakwah yang kini perlu dilakukan secara kreatif dan pelbagai, YADIM Sabah telah dan akan meneruskan Program YADIM Peduli: Ziarah Kasih samada di kawasan bandar mahupun kawasan pedalaman negeri ini. Siri terbaharu program ini ialah di Kampung Karanaan di […]

Tak mahu ingat kisah silam, bekas ahli Al-Maunah mulakan hidup baharu

HULU TERENGGANU – “Saya tidak mahu lagi mengingati pengalaman lalu dan ingin memberi fokus kepada kehidupan sekarang maklumlah sudah 20 tahun perancangan hidup tertangguh kerana berada di penjara,” kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24, Kuala Berang, pada 5 September. Awie sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat mengikut […]

Pendeposit TH perlu pastikan akaun sentiasa aktif

KUALA LUMPUR – Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun akan dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman. TH dalam satu kenyataan bagaimanapun, menjelaskan simpanan terdapat dalam akaun dorman masih boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit apabila akaun mereka diaktifkan semula dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang. […]

Dimuliakan usaha mencuci masjid

PENGKALAN CHEPA – Usaha membersih dan menceriakan masjid, seperti yang dilaksanakan pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan suatu tugas mulia dan wajar diberikan pujian. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Marzuk Shaary berkata, tugas mulia ini dihargai kerajaan sekarang, justeru mulai tahun ini diadakan Anugerah Tokoh […]

Guru pondok perlu semarak kelas agama

PENGKALAN CHEPA – Guru-guru agama termasuk tenaga pengajar pondok perlu melebarkan kelas agama sesuai Kelantan diibaratkan sebagai ‘kawah’ ilmu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti itu penting supaya masyarakat tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap agama. “Ketika saya mula-mula dilantik sebagai menteri impian meminta guru al […]

RM400 juta jaya Tabung Musa’adah Covid-19

PENGKALAN CHEPA – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM400 juta untuk menjayakan Tabung Musa’adah Covid-19 bagi membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, menerusi usaha tersebut banyak pihak mendapat faedahnya. Katanya setakat ini hampir RM400 juta dapat manfaat Musa’adah Covid-19 termasuk program […]