Hari Terbuka YADIM setiap 6 bulan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Hari Terbuka YADIM setiap enam bulan, kata Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan. “Penganjuran program tersebut adalah salah satu usaha merakyatkan YADIM serta inisiatif mendekatkan badan dakwah ini dengan masyarakat. “Negeri Kedah akan menjadi lokasi seterusnya program tersebut,” ujar beliau. Ustaz Nasrudin berkata demikian […]

Hari Terbuka YADIM bermula hari ini (25 September)

KOTA BHARU – Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di bandar raya ini bermula hari ini (25 September). Program dengan kerjasama pelbagai agensi negeri ini dan persekutuan itu diadakan di Dewan Jubli Perak dan Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di sini. Program hari ini akan bermula dengan sesi Townhall Bersama Menteri di Jabatan Perdana […]

11 IPT, institusi pondok tandatangani MoU dengan YADIM.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 institusi pengajian tinggi dan satu institusi pondok menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 September. Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Dr Noraini Ahmad dalam satu majlis di sini. Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua […]

Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini

RIYADH – Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam. Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan. […]

Institusi mufti perlu diperkasa agar kekal dihormati

SEPANG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah institusi mufti memerlukan perekayasaan kaedah dan penggunaan dalam menangani cabaran dunia semasa demi memastikan mufti kekal dihormati sebagai sumber rujukan agama berwibawa. Baginda bertita, dalam proses mengeluarkan fatwa amat penting memberi perhatian kepada lapan komponen dengan memastikan fatwa itu diterima secara positif dengan hati terbuka, berupaya […]

Peserta Kursus Asas Daie Orang Asli kunjungi ibu pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 20 orang peserta Kursus Asas Daie Orang Asli Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dibawa mengunjungi ibu pejabat badan dakwah ini di sini pada 22 September. Inisiatif oleh Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM ini bertujuan memberi pendedahan tentang operasi dan gerak kerja badan dakwah ini. Turut sama dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian […]

Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

SEMUNGKIS – Seni muzik dengan cara yang betul boleh digunakan sebagai sebuah medium dakwah yang berkesan. Mengambil peluang itu, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerapkan konsep berkenaan dalam latihan Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM yang diadakan di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. Seramai 20 peserta kursus diberikan latihan menggunakan […]

MAIM badan selaras NGO

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi Sektetariat Penyatuan dan Penyelarasan untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan diberi peranan utama untuk menggerakkan MAIM berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program serta gerak kerja bagi menyokong kerajaan dalam memperkasakan usaha […]

Pertingkat silibus KAFA untuk generasi akan datang

SANDAKAN- Kerajaan akan memastikan silibus Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkata langkah itu adalah untuk mempersiapkan anak-anak generasi Islam dalam mendepani cabaran di masa hadapan. “Dalam masa yang sama, kebajikan 35,000 para guru KAFA juga […]

Himpunan NGO Islam di Putrajaya anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Hampir 350 pemimpin pemimpin pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) menghadiri program perjumpaan khas bersama kepimpinan negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 19 September. Program Perjumpaan Khas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri, Bersama Pemimpin-Pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) […]