Malaysia negara Islam paling damai di dunia

JAKARTA – Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia, mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi. Republika melaporkan, Indeks Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 20 dalam senarai tetapi menjadi negara Islam paling damai. Indonesia pula berada pada kedudukan 49 mengatasi Arab […]

TV Al Hijrah dinobat media Islam bertanggungjawab

PUTRAJAYA – TV Alhijrah dinobat penerima Media Islam Bertanggungjawab sempena Global Halal Excellence Awards (GHEA) 2020 dan Global Business Leadership Award (GBLA) 2020. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata penganugerahan itu hasil usaha tenaga kerja yang memainkan peranan dan tanggungjawab menghasilkan rancangan yang sesuai ditonton pelbagai lapisan masyarakat. “Kita bersyukur dan berterima kasih […]

Emir Kuwait meninggal dunia

BANDARAYA KUWAIT – Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, yang dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun. Kerajaan Kuwait segera menamakan adik tirinya berusia 83 tahun, Putera Mahkota Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah, sebagai pewarisnya. Sheikh Sabah mempunyai […]

Maqasid syariah jadi prinsip panduan usaha lawan COVID-19

SEPANG – Maqasid syariah menjadi prinsip panduan dalam menggerakkan usaha kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19, biarpun pada zahirnya ia tidak diuar-uarkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri berkata, tema ‘Malaysia Prihatin’ yang menjadi aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kesihatan rakyat terpelihara daripada ancaman wabak COVID-19 yang melanda dunia dan keadaan ekonomi negara […]

Komited sokong usaha martabat institusi kehakiman

SEPANG – Kerajaan Perikatan Nasional komited untuk menyokong usaha-usaha yang boleh menyumbang ke arah meninggikan martabat institusi kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mahkamah syariah adalah institusi kehakiman dan perundangan syariah yang mendokong Syiar Islam dan disebabkan itu ia harus dipertahan serta diperkasakan dari semasa ke semasa. “Ini […]

Jangan Istiqomah Bermusim

Terkadang seperti rasa malu dengan Allah, masa Ramadhan lalu menangis bagai – macam insaf. Tapi semasa selepas itu semuanya ke laut!. Contoh mudah ialah solat Maghrib dan Isyak, semasa Ramadhan kedua-dua waktu ini dinanti-nantikan, semacam tidak sabar-sabar, namun kini? Sila jawab sendiri. Dahulu amat berdisiplin, bunyi azan Maghrib jamah kurma sikit, beberapa teguk air terus […]

Kelantan alu alukan sebarang program pembangunan dakwah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengalu alukan sebarang usaha mengadakan program berbentuk dakwah di negeri ini, kata Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob. Menurutnya, kerajaan mengharapkan lebih banyak agensi dan pertubuhan untuk tampil bekerjasama, seperti YADIM yang menganjurkan program hari terbukanya, dalam menjalankan program untuk memberi manfaat kepada […]

YADIM lantik sembilan Ikon Dakwah

KOTA BHARU – Bersempena dengan penganjuran Hari terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) peringkat kebangsaan yang kali [pertama didakan di Dewan Jubki Perak di sini, YADIM telah menyampaikan watikah pelantikan kepada seramai sembilan orang Ikon Dakwah. Ikon Dakwah merupakan satu lagi usaha YADIM Melestarikan Gerakan Dakwah menerusi ikon lantikan yang dikenalpasti sebagai figura yang berimej […]

Cuci Cuci di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

RANTAU PANJANG – Bersempena dengan Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini, satu program Cuci Cuci telah diadakan di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini pada 26 September. Seawal jam 8 pagi, kawasan luar dan dalam masjid, yang juga dikenali sebagai Masjid Beijing ini telah dibersihkan oleh mereka dengan kerjasama […]

Pendekatan dakwah ikut arus semasa dan persekitaran

KOTA BHARU – Pendekatan dakwah Islamiah perlu mengikut arus semasa dan selari dengan persekitaran bagi membolehkan mesej itu sampai kepada golongan sasaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata mesej utama yang ingin disampaikan perlu menitipkan rasa Islam itu indah dan tidak dianggap ekstrim. “Sempena Hari Terbuka […]