Jabatan Kehakiman Syariah tangguh perkhidmatan di beberapa negeri hingga Jumaat ini

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menangguhkan perkhidmatan dan operasi di beberapa negeri termasuk prosiding perbicaraan, sebutan kes, majlis sulh serta pendaftaran kes melibatkan orang awam, bermula hari ini (7 Oktober) hingga Jumaat. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) yang terlibat ialah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, JKSN Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak […]

Sabah : Semua masjid, surau di zon merah ditutup

SHAH ALAM – Pejabat Mufti Sabah memutuskan bahawa kesemua masjid dan surau yang berada dalam zon merah di negeri itu ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga 16 Oktober ini berikutan perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, semua aktiviti dan program di masjid atau surau juga ditangguhkan, malah solat berjemaah […]

Emir Kuwait baharu tegas sokong perjuangan Palestin

KUWAIT – Emir baharu Kuwait, Sheikh Nawaf al-Ahmad al-Jaber Al Sabah menyuarakan sokongan kerajaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat dan Palestin, serta pejuangan membebaskan tanah yang diduduki oleh rejim pengganas Israel. Ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, Sheikh Nawaf berkata, Kuwait akan terus mengikuti jejak Almarhum Emir Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al […]

Akaun Twitter menyamar Jakim digantung

PETALING JAYA –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan akaun Twiter yang cuba menyamar sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah digantung, dengan kerjasama pantas penyedia perkhidmatan itu. Akaun menggunakan nama dan lambang jabatan kerajaan itu didapati berniat untuk memuat naik hantaran bersifat menghina agama, serta mengandungi ucapan kebencian. “Orang awam dinasihatkan […]

Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan negara luar, terutama ASEAN, bagi meningkatkan industri halal, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, saranan itu bukan hanya meliputi produk makanan halal tetapi juga perlu diperluaskan kepada produk halal lain seperti perubatan dan sumber utama berkaitan. “Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia menyeru […]

Zulkifli ambil peluang bermuhasabah

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memanfaatkan tempoh yang dilalui beliau ketika ini selepas disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19), semalam untuk bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan bagi diri beliau. Pada masa sama Zulkifli dengan penuh ikhlas sekali lagi memohon maaf di atas apa yang […]

Juara Perdana DMY terima watikah mengajar Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Juara Perdana Daie Muda YADIM (DMY), Muhammad Naim Saadoon telah menerima watikah untuk membolehkan beliau mengajar dan berceramah di Wilayah Persekutuan. Menerusi tauliah bagi kategori Al Quran dan Fardhu Ain itu, Muhammad Naim diberi kebenaran sehingga 31 Disember 2021 untuk mengajar dan berceramah kepada dewasa dan kanak kanak. Surat kebenaran tersebut di […]

Kuota Haji: TH tunggu perincian dari mesyuarat menteri-menteri di Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menunggu sebarang perkembangan dari mesyuarat tahunan melibatkan urusan Haji di Arab Saudi, sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan jemaah haji Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, buat masa ini pihak beliau belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar mesyuarat itu. […]

Masjidil Haram kembali dibuka

Jeddah – Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan Covid-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang […]

Zulkifli minta Jakim ambil tindakan berhubung isu akaun Twitter palsu

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu membabitkan satu akaun Twitter palsu yang menggunakan nama dan logo jabatan itu. Menerusi Twitter rasminya, beliau turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun palsu itu. “@MYJAKIM boleh […]