Lebih 500 petugas selia jemaah umrah

RIYADH – Lebih daripada 500 petugas dilatih untuk mengawal selia jemaah umrah, selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah itu yang sebelum ini disekat ekoran wabak COVID-19. Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, pihaknya mengambil seramai 531 orang petugas yang akan bekerja dalam tiga syif untuk menerima kehadiran […]

SKMM beri amaran penyebar berita palsu menteri dijangkiti Covid-19

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan berhubung penyebaran berita palsu yang tular di media sosial yang mendakwa seramai 13 Menteri Kabinet telah dijangkiti Covid-19 beberapa hari lalu. Perkara tersebut telah pun dinafikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya. ”MCMC memberi […]

Mahkamah Syariah Rendah Klang tetap beroperasi

SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang tidak termasuk dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang yang berkuat kuasa 9 Oktober. Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Klang hanya akan memulakan operasi pada Isnin depan berikutan masih lagi terikat Arahan Penyelarasan Perkhidmatan dan Operasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri atau Mahkamah […]

Bicara Dakwah, Bina Insan dan YADIM Peduli di Perlis

KANGAR – Pada 8 Oktober Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis, terus mempergiatkan lagi usaha dakwah di negeri ini dengan mendekati penjawat awam di sini. YADIM telah melaksanakan dua program iaitu di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Perlis dan Jabatan Imigresen Malaysia Perlis. Imam 1 Masjid Repoh, di sini telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kerja Sebagai […]

23 individu kontak rapat Zulkifli di Kelantan disahkan negatif COVID-19

KOTA BHARU – Seramai 23 individu, yang menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, disahkan negatif COVID-19. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata berdasarkan maklumat awal, 60 individu dikesan sebagai kontak rapat menteri itu yang disahkan positif COVID-19 namun hanya 23 […]

YADIM Johor santuni penghuni CCH Tangkak

TANGKAK – Seramai 60 penghuni Caring Community House (CCH)  di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor menerusi Program Bina Insan pada 8 Oktober. Program dalam Bulan Dakwah ini bertujuan memberi ilmu dan pendedahan kepada para pelatih di pusat ini. Ia juga untuk memberi motivasi kepada pelatih untuk berubah dan melakukan sesuatu perkara dengan […]

Pemergian Paimuzi kehilangan besar buat negara: Nasrudin

SHAH ALAM – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan pemergian Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya sebagai satu kehilangan besar buat negara. Beliau turut mendoakan semoga ALLAH memberikan ketabahan dan kesabaran buat seluruh ahli keluarganya Allahyarham. “Mendapat berita bahawa Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya […]

Agong zahir takziah kepada keluarga Ketua Pengarah Jakim

BANGI  – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia tengah hari tadi. Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Paimuzi, dan berharap seluruh keluarga tabah menghadapi […]

Jemaah umrah bebas Covid-19

RIYADH – Setakat ini tidak ada kes jangkitan koronavirus yang dilaporkan dalam kalangan jemaah umrah. “Pada hari keempat ziarah, kami menerima sekitar 24,000 jemaah, tidak ada yang menunjukkan gejala virus,” kata Jurucakap Ketua Umum Dua Masjid Suci dalam satu kenyataan yang memuji para jemaah kerana mengikut peraturan langkah-langkah pencegahan. Jurucakap itu memaklumkan Arab Saudi memfokuskan […]

Tadbir urus hal ehwal agama diteruskan walaupun dalam kekangan

KUALA LUMPUR – Tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat persekutuan akan diteruskan meskipun berdepan kekangan ketika ini susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berada dalam tempoh rawatan selepas disahkan positif COVID-19. Timbalan Menterinya, Ahmad Marzuk Shaary berkata beliau akan memastikan tadbir urus hal ehwal Islam […]