Belanjawan 2021 tumpu selamatkan nyawa, perkukuh ekonomi

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 akan memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat, selain memperkukuhkan ekonomi terjejas akibat penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata belanjawan dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat 6 November depan, akan berpaksikan tiga tonggak utama, iaitu memperkasakan rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi, di samping meneruskan sokongan […]

Hanya enam jemaah boleh hadir di masjid

Kuala Lumpur – Enam jemaah sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula malam ini. Bagaimanapun, kerajaan turut membenarkan laungan azan dibuat bagi mengimarahkan masjid. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam jemaah itu akan […]

250,000 jemaah dibenarkan untuk umrah fasa kedua

RIYADH – Sebanyak 250,000 jemaah domestik akan dibenarkan menunaikan umrah pada fasa kedua sebagai sebahagian daripada lanjutan umrah dan lawatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mulai Ahad ini. Para jemaah juga akan dibenarkan mengunjungi Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama di Masjid Nabawi di Madinah mulai 18 Oktober dan seterusnya. Hani Al-Omairi, anggota Jawatankuasa […]

Kelas Al Quran percuma untuk anak anak PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Seramai hampir 80 pelajar sekolah rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di sini, kini mengikuti kelas pengajian Al Quran percuma yang ditaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama YADIM Kelantan dengan persatuan penduduk PPR berkenaan, sejak September lalu. Menerusi kerjasama itu, YADIM Kelantan membiayai kos […]

PKPB untuk imbangkan aspek kesihatan, ekonomi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah adalah membabitkan sektor sosial dan pendidikan saja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penguatkuasaan PKPB itu juga bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik di kawasan terbabit. Katanya, PKPB akibat peningkatan kes jangkitan COVID-19 itu […]

JAIS tangguh semua pernikahan di Klang

KUALA LUMPUR – Pernikahan pasangan pengantin di kawasan mukim Klang dan Kapar yang dijadualkan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang ditangguhkan berkuat kuasa hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia membabitkan temu janji pernikahan dibuat sebelum atau pada 7 Oktober lalu. “Tindakan ini berikutan penangguhan semua aktiviti di masjid […]

YADIM kendali sesi moral pelajar baharu UTM Skudai

JOHOR BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Sesi Moral Minggu Mesra Mahasiswa 2020 untuk pelajar kemasukan 2020/2021 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini. Sesi tersebut adalah untuk pelajar bukan Islam UTM,  dijalankan secara dalam talian selama dua hari pada 11 dan 12 Oktober, dikendalikan oleh penceramah YADIM Johor, […]

Sidang antarabangsa ketengah penyelidikan mengenai pengurusan Islam

KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan World Academy of Islamic Management (WAIM) akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai amalan pengurusan Islam yang diadakan secara maya pada 17-18 Oktober ini. Acara bertemakan ‘Integrating Conventional and Islamic Management for Sustainable Growth and Development’ (Penyepaduan Pengurusan Konvensional dan Islam Bagi Pertumbuhan dan Pembangunan Mampan) itu akan […]

Saudara baharu di Melaka disantuni

JASIN – Saudara baharu adalah antara golongan yang seharusnya selalu didekati untuk disantuni agar mereka tidak merasa tersisih. Justeru pada 11 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka dengan kerjasama Perkim Melaka, Sahabat Amal Melaka dan MyFundAction telah mengadakan program Ziarah Mahabah Saudara Muslim di sekitar Merlimau di sini. Sebanyak 30 kotak rezeki (pek sumbangan) […]

YADIM Peduli di Kampung Padang Kandang

PADANG MAT SIRAT – Bertempat di Kampung Padang Kandang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli. Bertujuan menyantuni mereka yang memerlukan, sebanyak 35 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini. Sebanyak 25 sumbangan diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti di masjid Al Faha di sini. Mewakili YADIM […]