YADIM Interaktif di Kulim dan Ziarah Asnaf di Gurun

KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Kedah) mengisi kalendar aktiviti Bulan Dakwah mereka dengan dua program hari ini (18 Oktober). Program pertama ialah YADIM Interaktif yang diadakan di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini. Seramai 26 peserta menghadiri program ini yang diisi dengan sesi motivasi dari penceramah Ribatlife Islamic Training & Consultacy, Ustaz […]

Mosque Open Day sempena 1 Kurun MAIPs

KANGAR – Sebagai usaha menyantuni dan menyebar dakwah kepada masyarakat pelbagai budaya dan kaum di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis pada 17 Oktober telah bekerjasama menganjurkan program Mosque Open Day di sini. Program di Masjid Saidina Umar Al Khatab di sini, diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan […]

Jabatan Mufti bantu tentukan arah kiblat di rumah

Alor Gajah – Lazimnya Jabatan Mufti Melaka membantu menentukan arah kiblat di masjid atau surau tetapi kali ini ia menawarkan perkhidmatan itu bagi kediaman. Dengan caj RM100, umat Islam boleh mendapatkan perlhidmatan penandaan arah kiblat dengan tepat oleh pegawai Jabatan Mufti. Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, perkhidmatan itu bertujuan memastikan umat Islam […]

Sumbangan makan tengah hari untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM Sabah

KINARUT – Sebanyak 200 pek makanan tengahari dan air mineral disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah kepada petugas barisan hadapan di negeri ini di beberapa lokasi sekatan jalan raya terpilih. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Yang Berhormat Dr Aliakbar Gulasan. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Papar, Tuan Ghulam Rasul […]

Surau bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak boleh dibuka ketika PKPB

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan surau yang bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perkara itu dinyatakan dalam Soalan Lazim (FAQ) ditetapkan Jakim sepanjang tempoh arahan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam hingga 27 Oktober depan. Menurut FAQ […]

Jemaah Malaysia dijangka boleh tunai umrah paling awal Januari depan

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah umrah dari Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah itu di tanah suci paling awal pada Januari tahun depan. Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia yang akan tamat pada 31 Disember ini, yang memungkinkan […]

Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas

KEMPAS – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor pada 15 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas. Program yang diadakan di Balairaya Jawatankuasa Penerangan Mukim-Mukim Persiaran Bukit Kempas di sini, dihadiri seramai 50 peserta dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan […]

Permit baharu untuk jemaah umrah

JEDDAH – Beberapa permit baharu diperkenalkan dalam aplikasi Eatmarna untuk kegunaan jemaah umrah. Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah merangkap penyelia aplikasi tersebut, Abdulrahman Shams berkata, antara permit baharu yang diperkenalkan termasuk kebenaran untuk menunaikan solat sebanyak sekali di dalam Masjidilharam, solat di Raudhah di Masjid an-Nabawi dan menziarah makam Nabi Muhammad SAW. Katanya, para jemaah […]

Penerima zakat bulanan MAIWP disambung automatik

KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 penerima bantuan zakat bulanan yang akan tamat pada Oktober dan November ini, akan disambung secara automatik tanpa perlu hadir ke kaunter untuk proses penyambungan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam kenyataannya berkata, ia memudahkan penerima Bantuan Zakat Kewangan Bulanan dan Bantuan Zakat Sewa Rumah. Kenyataan itu berkata, kaunter zakat […]

Menteri agama pulih daripada Covid-19

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan pulih daripada koronavirus (Covid-19). Beliau juga telah dibenarkan keluar daripada wad petang ini. “Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, […]