Hampir RM80,000 untuk kakitangan penjara di Kedah, Pulau Pinang, Perak.

TAIPING – Hampir RM80,000 diperuntukkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menyantuni keluarga kakitangan penjara di negeri negeri utara Semenanjung Malaysia. Kesemua mereka, yang menerima sumbangan barangan keperluan harian, terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Pokok Sena, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Taiping di sini. Program ini dianjurkan YADIM dengan […]

600 keluarga kakitangan penjara di Kedah disantuni.

SUNGAI PETANI – Penjara Sungai Petani di sini menjadi lokasi ketiga program menyantuni keluarga kakitangan penjara di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sebanyak 150 set barangan keperluan harian disumbangkan kepada mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan tersebut. Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM,Tuan Kamarul Arief Tuan Soh […]

JAIS longgarkan syarat nikah bagi lanjutan PKPB

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kelonggaran dalam pelaksanaan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Selangor mulai 2 November ini. Ketetapan baharu itu susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 November depan bagi memudahkan urusan akad nikah bagi rakyat Selangor. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan […]

Hormati peraturan baharu Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Keputusan Arab Saudi menetapkan had umur tertentu bagi mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar dibuka bermula 1 November ini, perlu diterima dan diikuti termasuk oleh pengendali serta jemaah yang merancang menunaikan ibadat itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari, berkata semua pihak perlu akur […]

YADIM Interaktif bersama AADK Kuala Muda

KUALA MUDA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan program lapangan mereka menyantuni segenap lapisan masyarakat. Terbaharu, seramai  50 Orang Kena Pengawasan mengikuti program YADIM Interaktif anjuran bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda pada 25 Oktober. Program berkala ini diadakan di Dewan AADK Kuala Muda di sini. Program selama dua jam […]

Pusat Zakat Sabah tambah bantuan bulanan

KOTA KINABALU – Pusat Zakat Sabah bersetuju untuk memberi bantuan khas tambahan sebanyak RM100 kepada penerima bantuan bulanan bagi meringankan beban dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri ini. Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM960,000 kepada golongan asnaf oleh Pusat Zakat Sabah. “Kepada golongan asnaf […]

ZPP peruntuk RM3.015 juta untuk guru KAFA di Pulau Pinang

BUTTERWORTH – Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan sebanyak RM3.015 juta kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri itu bagi tahun 2020. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sumbangan berkenaan digunakan sebagai elaun tambahan untuk semua guru KAFA di 288 sekolah di negeri itu. […]

NS batal sambutan Maulidur Rasul

SEREMBAN – Aktiviti dan majlis peringkat negeri termasuk sambutan Maulidur Rasul 1442H di negeri ini, dibatalkan susulan peningkatan kes positif COVID-19. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata semua mesyuarat dan perhimpunan kerajaan negeri membabitkan kehadiran orang ramai dibatal atau ditangguhkan mulai Isnin ini. Katanya, penganjuran majlis perkahwinan perlu diberikan prosedur operasi standard (SOP) lebih […]

Kabinet akan putuskan sama ada jemaah kita boleh kerjakan umrah, haji

KUALA LUMPUR – Kabinet akan memutuskan sama ada membenarkan rakyat Malaysia mengerjakan umrah apabila Arab Saudi membenarkan semula pelaksanaan ibadat itu mulai 1 November ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari, berkata setakat ini belum ada keputusan rasmi sama ada kebenaran akan diberikan kepada jemaah Malaysia mengerjakan umrah dan […]

Bank Islam berjaya terbitkan tranche ketiga Sukuk Murabahah bernilai RM700 juta

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd berjaya menerbitkan tranche ketiga Sukuk Murabahah bernilai RM700 juta di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilion pada 21 Oktober. Menurut kenyataan, Bank Islam berkata sukuk tersebut merupakan Sukuk Subordinat kedua yang diterbitkannya pada 2020. Sukuk ini dikategorikan sebagai modal kawal selia Aras Dua Bank Islam dalam mematuhi Rangka […]