Belanjawan 2021 bersifat menyeluruh

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini disifatkan sebagai menyeluruh dan menyentuh semua lapisan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Belanjawan 2021 itu antara lain mampu membantu mengurangkan beban kos sara hidup terpaksa ditanggung rakyat. Beliau turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada […]

Guru takmir, KAFA, imam antara bakal terima bayaran khas RM500

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa pembangunan Islam akan terus diperkukuh. Justeru itu, menerusi pembentangan Belanjawan 2021, beliau mengumumkan RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri. Katanya, bagi menghargai jasa 4,000 guru takmir sebagai antara penggerak komuniti di peringkat […]

Cadangan supaya surau R&R, pusat beli-belah boleh dibuka semula

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan masjid dan surau di zon hijau serta kuning, menyediakan ruang solat khusus kepada penghantar makanan, pemandu e-hailing dan orang bermusafir untuk menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga mencadangkan surau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan surau di pusat […]

Solat Jumaat diperluas 1/3 kapasiti dewan bagi zon hijau, kuning di WP

PETALING JAYA – Jumlah solat Jumaat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau bagi zon hijau dan kuning di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Sebelum ini, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat […]

Bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah anjuran YADIM dapat sokongan luar biasa

KUALA LUMPUR – Bantahan secara dalam talian terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat sokongan luar biasa daripada netizen. Program pada 1 November itu dibuat  susulan isu menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis dan kenyataan Presiden negara itu yang menghina Islam. Ia merupakan program Kerjasama YADIM dengan badan pertubuhan bukan […]

Program bahaya dadah kepada penduduk Pulau Tukang Dollah

PENGKALAN CHEPA – Bertempat diMasjid Ussisa Littaqwa, Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program Yadim Peduli: Nahnu Maakum Sempena Bulan Dakwah pada 31 Oktober. Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, khususnya golongan belia. Ia merupakan anjuran bersama dengan Agensi […]

Banyak tanda ada, sedikit tanda ingat

KUCHING – Program menyantuni masyarakat di lapangan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, Kongsi Rezeki diteruskan untuk minggu kedua. Kali ini kakitangan YADIM Sarawak dan Sukarelawan YADIM menyantuni petugas-petugas kebersihan, gelandangan, tukang kasut, penjaja kecil dan golongan kurang upaya. Turut disantuni ialah penghantar makanan Grab Food dan Food Panda. Antara lokasi program hari ini […]

YADIM Sabah terus santuni petugas barisan hadapan

KOTA KINABALU – Sebagai menghargai peranan petugas barisan hadapan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah tampil menghulurkan sumbangan buat mereka. Pada 30 Oktober sumbangan disampaikan kepada rakan anggota Polis Marin di Jeti Marin Wilayah 4, Jesselton Point di sini. Terdahulu sumbangan turut disampaikan kepada anggota Rela di Pondok Khidmat Komuniti Rela Inanam dan […]

Cuci Cuci dan Musa’adah Covid-19 di Masjid Gong Tok Nasek

KUALA TERENGGANU – Seramai 30 keluarga asnaf menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam Program i-Khidmat Cuci-cuci Masjid & Musaadah Covid-19 Negeri Terengganu pada 29 Oktober. Program ini dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim di Masjid Gong Tok Nasek di sini. Mereka yang disantuni […]

Musa’adah Covid-19 di Jitra,Bicara Dakwah di Yan

KUBANG PASU – Dua program menyantuni rakyat dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 29 Oktober. Program pertama ialah Ziarah dan Musa’adah Covid-19 bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan YADIM, antaranya Majlis Dakwah Negara (MDN), Dhuafa’ Sejahtera, Inisiatif Bandar Selamat Jitra dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuala […]