Calon UPKK 2020 disekalikan dengan peperiksaan tahun depan

BANGI – Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 yang terjejas akibat penularan COVID-19 akan disekalikan dengan calon tahun hadapan pada 4 hingga 7 Oktober 2021. Peperiksaan itu akan membabitkan lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab dan Lughah al-Quran. Manakala, bagi mata pelajaran al-Quran […]

Kembara Cuci-cuci Musolla YADIM di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock

KUCHING – Kembara Cuci-cuci Musolla Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak kini memasuki minggu keenam. Lokasi terkini program ini ialah di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock di sini pada 10 November. Kerja cuci-cuci musolla dilakukan pada jam 10 pagi dengan disertai seramai lima orang kakitangan YADIM termasuk sukarelawan Yadim. Selain daripada membersihkan musolla, kerja-kerja […]

Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, jemaah diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz masjid. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan […]

SOP majlis nikah diumum esok

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama […]

Pelan Induk Wakaf Nasional bentuk hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang akan diwujudkan kerajaan akan dapat membantu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), menetapkan arah dan hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik, kata Ketua Pengarahnya Ruslan Said. Beliau berkata PIWN akan bertindak sebagai rangka kerja untuk menggerakkan dan membimbing semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, swasta dan […]

Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Kedah dibenarkan

ALOR SETAR – Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kedah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, antara ketetapan itu adalah masjid dan surau hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan satu […]

Melaka benarkan majlis akad nikah bersyarat

MELAKA TENGAH – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan majlis akad nikah diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok hingga 6 Disember depan. Pengarahnya, Datuk Md Azhan Samat berkata, bagaimanapun majlis itu hanya dibenarkan dilaksanakan di masjid kariah masing-masing yang berada dalam zon hijau sahaja atau di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). […]

2 juta orang daftar tunaikan umrah dalam tempoh sebulan

MEKAH – Hampir dua juta orang mendaftar untuk menunaikan umrah menerusi aplikasi telefon pintar dalam tempoh sebulan, lapor Saudi Press Agency yang memetik perangkaan rasmi. Pada awal bulan lalu, Arab Saudi melancarkan pelan peyambungan semula ibadah umrah secara berperingkat selepas menggantung pelaksanaannya selama tujuh bulan berikutan penularan wabak Covid-19. Sejak itu, kira-kira 900,000 umat Islam menggunakan aplikasi […]

250 Asnaf Kampung Semanyir terima sumbangan YADIM Johor

MERSING – Seramai 250 asnaf dari Kampung Semanyir di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 7 November. Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Musa’adah Covid-19 di Sekolah Rendah Integrasi Islam (Sriti) Annur di sini. Hadir […]

YADIM Pahang terima RM10K daripada kerajaan negeri

YADIM Pahang pada 7 November menerima cek peruntukan bernilai RM10,000 daripada Menteri Besar Pahang, Yang Amat BerhormatDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek PR1MA Pahang Kuala Lanar. Mewakili YADIM Pahang dalam majlis di Dewan Residen Kuala Lipis itu ialah Pengarahnya,Ustaz Azmi Dibok. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk program program dakwah […]