Musaadah Covid 19 YADIM Johor dengan WITUS

BATU PAHAT – Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 19 November telah bekerjasama menyantuni komuniti ibu tunggal di sekitar daerah ini. Sebanyak 100 set barangan keperluan harian diedarkan kepada ahli WITUS dalam program ini. Turut menerima sumbangan ialah asnaf yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini. Pengerusi WITUS, […]

Kunjung hormat YADIM Pahang ke PERKIM, MRA, MACMA dan MKIMP Pahang

KUANTAN – Sebagai usaha membina hubungan strategik yang kukuh, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 19 November telah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan hadir sendiri ke perjumpaan dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Majlis Kebajikan […]

500 pek sumbangan Musa’adah Covid-19 untuk diagihkan bersama NGO

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita (SPUW) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 November telah mengagihkan sebanyak 500 pek sumbangan kepada beberapa golongan yang dikenalpasti. Agihan pertama sebanyak 364 pek diserahkan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) Batu Caves. Sebanyak 364 pek sumbangan diserahkan di kolej ini untuk diagihkan oleh 10 rakan […]

Kembara Cuci-cuci Musolla di Stesyen Petronas BRF Jaya, Jalan Astana

KUCHING – Kembara Cuci Cuci Musolla anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak memasuki siri ketujuh pada 17 November dengan lokasi terbaharu ialah di Stesen Minyak Petronas BRF Jaya Jalan Astana, Kuching. Bermula jam 10 pagi, pasukan Cuci-Cuci YADIM Sarawak seramai enam orang telah memulakan khidmat mencuci musolla dengan melakukan pembersihan di ruang solat. Selain […]

YADIM Negeri Sembilan, NGO santuni mangsa ribut Senawang, Kampung Kayu Ara

SENAWANG – Ditimpa musibah saat bergelut dengan suasana ekonomi dan wabak Covid-19 ketika ini sememangnya amat berat untuk dihadapi, namun demikianlah yang dihadapi penduduk Senawang dan Kampung Kayu Ara selepas kediaman mereka dilanda ribut baru baru ini. Kejadian itu mengakibatkan bumbung rumah rosak selain beberapa lagi bahagian rumah yang turut terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, […]

Perak benar solat Jumaat dan fardu di zon hijau, kuning

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan agar solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau dalam zon hijau dan kuning di Perak dibenarkan mengikut had kapasiti ruang utama dewan solat bermula hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul […]

YADIM Pulau Pinang santuni 40 asnaf Seberang Perai Utara.

KEPALA BATAS- Suami dibuang kerja, pesakit kronik, peniaga tidak dapat turun berniaga. Itulah antara yang disantuni dalam program YADIM Peduli Daerah Seberang Perai Utara pada 15 November. Seramai 40 orang asnaf menerima sumbangan berupa barangan asas sekitar program berkenaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang yang berlangsung sekitar Seberang Perai Utara (SPU). Program […]

Sumbangan pasca banjir untuk penduduk Ampangan

AMPANGAN – Selepas menyantuni penduduk Rahang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama badan pertubuhan bukan kerajaan, Rantaian Kasih Malaysia meneruskan inisiatif membantu mangsa banjir di sini pula. Seramai 20 keluarga di Kampung Datuk Mansor dan Kampung Jiboi di sini menerima sumbangan bakul makanan daripada YADIM dan wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi […]

YADIM Peduli  santuni 100 mangsa banjir di Rahang

RAHANG – Prihatin dengan nasib penduduk Kampung Semarak di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), serta YADIM Negeri Sembilan telah mengadakan program YADIM Peduli: Bantuan Pasca Banjir pada 15 November. Program yang disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad […]

Program gotong royong kerjasama RELA dan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

KEBUN BHARU – Bertempat di Pusat Khidmat Komuniti RELA di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat dan pasukan RELA Batu 10 Kebun Bharu telah bekerjasama dalam program komuniti masyarakat pada 15 November. Kedua pihak bekerjasama bergotong royong membersihkan bangunan pusat khidmat berkenaan. Seramai tujuh orang Sukarelawan YADIM terlibat manakala pihak RELA seramai […]