Musim Tengkujuh: Sukarelawan YADIM Siaga

1. Menghadapi musim tengkujuh tahun ini, YADIM akan mulakan dengan siri solat dan munajat di seluruh negara agar negara dan seluruh penduduknya selamat dan tidak mengalami apa jua musibah. Insyaallah 2. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan SUKARELAWAN YADIM akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat kepada masyarakat atau rakyat yang memerlukan. 3. Gandingan Sukarelawan […]

Jakim gerakkan kempen beli ayam siap dilabel

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggerakkan kempen pembelian ayam siap dilabel bagi menjamin status halal ayam yang dibeli. Jakim dalam satu kenyataan berkata, kempen itu penting bagi memberi panduan kepada pengguna mendapatkan ayam dari sumber bekalan yang halal serta status rumah sembelihan. “Ia penting bagi memastikan pengguna dapat mengetahui sumber bekalan dan status […]

Kelantan benar solat Jumaat, fardu dengan jumlah terhad

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat dan fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini dilaksanakan secara terkawal, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu berkuat kuasa bermula 21 […]

Kembara Dakwah Ulu Tembeling Jemaah Masjid Al-Wusto Temerloh dan YADIM Pahang

TEMERLOH – Seramai 60 peserta menyertai program Kembara Dakwah ke Ulu Tembeling anjuran Masjid Al Wusto di sini dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 21 November. Program selama dua hari dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ini bertujuan menyantuni komuniti orang asli di kawasan tersebut disamping menyampaikan mesej Islam dan dakwah kepada […]

Kongsi Rezeki YADIM Sarawak di Kuching

KUCHING – Hari yang baik, InsyaAllah bermula dengan pagi yang baik. Justeru bagi memulakan hari yang baik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak cuba memberikan permulaan hari yang baik untuk golongan yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi program kongsi rezeki yang diadakan di sekitar bandaraya ini. Terbaharu pada 20 November, sebanyak 50 bungkus sarapan diedarkan […]

YADIM Peduli di Jitra

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bekerjasama dengan rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19. Program mereka yang terkini dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah pada 21 November diadakan di sekitar pekan ini. Menerusi inisiatif dalam program Bulan Dakwah 2020 ini, sebanyak 30 asnaf, kebanyakannya muallaf […]

Lebih Banyak Negeri Akan Mengharamkan Penjualan Arak- Ahmad Marzuk

KOTA BHARU – Kerajaan tidak menolak kemungkinan lebih banyak negeri lain mengikut jejak langkah Wilayah Persekutuan, untuk mengharamkan penjualan arak di kedai serbaneka dan runcit. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya menyambut baik keputusan diambil Kementerian Wilayah Persekutuan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah yang tepat. Menurut […]

Hanya 100 jemaah dibenarkan di masjid, surau Sarawak

KUCHING  – Berdasarkan perkembangan semasa wabak COVID-19 di Sarawak, hanya 100 jemaah dibenarkan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau dengan mematuhi penjarakan fizikal, kecuali bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak yang dibenarkan maksimum 200 jemaah. Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan memaklumkan majlis pengimarahan seperti ceramah, kuliah, bacaan al-Quran dan Yasin […]

Cuci Cuci dan Musa’aah di Madrasah Al-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah

LUBUK TUPAH – Madrasah Al-Rahmaniah Ad-Diniah di sini menjadi lokasi terkini program Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 19 November. Kawasan dalam dan luar dibersihkan oleh kakitangan YADIM dengan kerjasama pihak madrasah. Selain kerja pembersihan, turut diadakan ialah program Musa’adah YADIM dengan pemberian barangan keperluan harian untuk kegunaan pelajar. Sumbangan disampaikan oleh […]

Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di Changloon

CHANGLOON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 November telah mengadakan program Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di dua kampung di daerah ini. Program anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Majlis Dakwah Negara, Pertubuhan Dhuafa’ Sejahtera dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu menyantuni empat keluarga di Kampung Changkat Setol dan Kampung Rawa di […]